suria

“Tak Hirau Dituduh Peluk Islam Sebab Kahwin” - Mell

Mell sudah bersedia jika ada pihak mengatakan dia memeluk Islam kerana ingin berkahwin. Foto Instagram: @mellsakura.

VOKALIS kumpulan Sakura Band, Mell tidak kisah jika ada segelintir pihak yang beranggapan dia memeluk Islam kerana ingin berkahwin.

Mell atau nama sebenarnya Melly Matius, 29, berkata dia tidak menafikan perkara tersebut kerana ia membawa kebaikan bukan keburukan.

Malah, Mell masih dan akan terus mempelajari tentang Islam lebih mendalam selepas berkahwin.

"Tak kisah orang nak cakap saya peluk Islam sebab nak kahwin. Memang tak nafikan ia salah satu sebab saya ambil keputusan untuk berhijrah.

Mell dan Wan sudah menjalinkan hubungan hampir enam tahun.

"Bagi saya, perkara itu membawa saya kearah kebaikan bukan keburukan pun.

"Sekarang ini saya masih lagi belajar dan Insya-Allah akan terus belajar mengenai Islam selepas berkahwin," kata Mell ketika dihubungi mStar Online.

Mell (Sakura Band) Sahkan Peluk Islam

Menerusi laporan mStar Online pada 10 Oktober lalu, Mell mengesahkan telah memeluk agama Islam pada awal tahun ini.

Mell dan pemain drum kumpulan 6ixth Sense iaitu Mohammad Safwan akan bernikah pada Jumaat (hari ini) pukul 9 pagi di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut Mell, dia mula mengenali Wan hampir enam tahun menerusi kenalan rakannya ketika menghadiri sebuah majlis.

Mell dan Wan pertama kali berkongsi foto pra-perkahwinan mereka di laman sosial. Foto Instagram: @wan6ixthsense.

Namun, hubungan yang terjalin tidak diketahui umum disebabkan mereka mengambil langkah tidak berkongsi kisah peribadi di laman sosial.

"Saya kenal Wan pada tahun 2012 melalui rakan. Sejak itu kami mula rapat dan menjalinkan hubungan.

"Tapi rasanya tak ramai yang tahu sebab memang kami tidak berkongsi di laman sosial.

"Saya lebih fokus pada karier nyanyian dan kumpulan Sakura Band," ujarnya.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan pada Ahad ini di Dewan Wisma Wanita Kota Kinabalu, Sabah.

Manakala majlis pihak lelaki pula bakal berlangsung di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi pada 24 Disember depan.

Mell, Sakura Band, Wan 6ixth Sense

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain