suria

Emosi Sam Terganggu - Syatilla Melvin

Syatilla akui Sam bekerja keras untuk dapatkan badan berotot.

PELAKON Syatilla Melvin mengakui emosi suaminya Shaheizy Sam agak terganggu sepanjang mendapatkan bentuk badan yang diinginkan bagi menjayakan sesebuah filem.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 26, berkata, suaminya itu berusaha keras untuk mendapatkan bentuk seperti yang dituntut dalam wataknya.

"Bukan mudah untuk dia dapatkan bentuk badan seperti itu. Emosi dia terganggu setiap kali dia diet untuk mendapatkan bentuk badan berotot seperti sekarang.

"Biasalah kalau perut kosong, dia hanya mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengisi perut,” ujarnya.

Syatilla ditemui pada majlis pratonton filem Pinjamkan Hatiku yang diadakan baru-baru ini.

Syatilla berehat fokus besarkan anak.

Pasangan selebriti ini berkahwin pada 8 Februari lalu di Pulau Pinang.

Pelakon drama Sha Dan Shah ini berkata, sebagai isteri, dia sudah memahami rutin diet yang dilakukan aktor berkenaan.

"Saya kenal dia sudah tujuh tahun dan faham dia marah macam mana. Dia tengok sahaja saya tahu dia marah atau tidak," katanya.

Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjaya seni, Syatilla berkata, dia kini memberi perhatian terhadap anak lelakinya Syeriv yang kini berusia  setahun.

"Buat masa ini saya menumpukan perhatian terhadap Syeriv yang sedang membesar. Kami juga tiada pembantu rumah jadi tidak boleh untuk keluar bekerja lagi.

"Namun, saya ada juga berlakon watak kecil dalam drama Kerana Syurga Bukan Percuma bagi melepaskan rindu," ujarnya.


Shaheizy Sam, Syatilla Melvin

Artikel Berikut

Artikel Lain