suria

Berat Badan Nora Danish Naik 10 Kilogram

Nora tidak kisah berat badannya dia naik demi bayinya. Foto Instagram: @noradanish.

PELAKON Nora Danish mendedahkan berat badan dia telah naik sebanyak 10 kilogram semenjak mengandung.

Nora menerusi status di laman Instagramnya berkata, pengalaman mengandung kali kedua ini berbeza dengan yang sebelum ini.

Malah, isteri kepada Nedim Nazri atau Bossned ini gembira dengan keadaan badannya yang semakin mengembang.

"17 minggu lagi. Yang pasti pengalaman yang sangat berbeza dari pertama. Ney Ney sangat aktif, dia akan kejutkan saya tengah malam bila lapar.

"Jadi, kadang-kadang sukar untuk saya mengawal makanan. Berat saya naik 10 kilogram dari awal hamil hingga sekarang.

"Janji bayi saya sihat, mommy lagi gembira dengan berat badan ini. Sebab Ney bergerak banyak setiap masa, rasa seperti dia menari di dalam saya," kata Nora.

Nora Danish Tayang 'Baby Bump'

Nora memuat naik foto terbaru bentuk badan dia di laman Instagramnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen yang meninggalkan komen membuat tekaan Nora akan menimang bayi perempuan disebabkan bentuk 'baby bump' Nora kelihatan bulat.

Tambahan pula, pasangan tersebut memberi gelaran bayi mereka, Ney Ney yang menggambarkan seperti perempuan.

"Saya pasti bayi dalam itu adalah bayi perempuan. Sebab perut awak sangat bulat. Amin.

"Macam baby girl lah kak @noradanish. Cute.

"Ney ney nama macam perempuan je. Mengandung pun masih kekal cantik," tulis beberapa orang pengikutnya di laman Instagram.

Nora dan anak pertamanya, Putra Raykal yang kini berusia lapan tahun.

Bagaimanapun, sehingga kini Nora dan suami masih belum mendedahkan jantina bayi mereka.

Terdahulu menerusi laporan mStar Online pada 19 Oktober lalu Nora mengesahkan dia hamil tiga bulan dan dijangka bersalin pada Mac tahun depan.

Nora dan Nedim bernikah pada 30 Mac 2017 pada satu majlis tertutup.

Nora memilki seorang anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan  Rizal Ashram iaitu Putra Rayqal yang kini berusia lapan tahun.

Nedim pula mempunyai anak daripada perkahwinaannya dengan wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan iaitu Nedrin yang berumur lima tahun.

Nora Danish, Bossned

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain