suria

“Keluarga Minta Rahsia Majlis Kahwin” - Fattah Amin

Fattah berkata perkahwinannya dirahsiakan daripada pengetahuan media atas permintaan keluarga kedua-dua pihak.

PETALING JAYA: Pelakon Fattah Amin memberitahu tindakannya merahsiakan majlis pernikahan dengan aktres Nur Fazura pada malam Selasa adalah bagi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

Fattah menerusi temubual siaran langsung sebuah portal berita memberitahu pihak mereka mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian.

"Jodoh adalah rahsia Allah, kita sudah rancang yang terbaik. Semua yang berlaku ada sebab tersendiri.

"Semua ini adalah atas permintaan keluarga yang saya perlu hormati. Kami sudah setuju untuk tidak berkongsi perkara peribadi dan apa yang kami nak kongsi, sudah pun kongsikan," ujarnya.

Fattah, Fazura Tidak Diberi Layanan Istimewa - Jawi

Fattah dan Fazura sah menjadi suami-isteri dengan sekali lafaz.

Fattah ditemui buat pertama kali selepas bergelar suami kepada aktres Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu.

Pasangan tersebut selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup di Hotel Riz Carlton, Kuala Lumpur.

Sementara itu Fattah berkata, dia dinikahkan oleh abang Fazura dengan disaksikan beberapa pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Malaysia (Jawi).

"Alhamdulillah seperti kenyataan daripada Jawi, semua berjalan ikut proses yang betul dan saya dinikahkan oleh abang Fazura.

"Majlis tersebut juga dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kami," ujarnya.

Fattah berkata, mereka bakal mengadakan dua majlis resepsi bagi meraikan perkahwinan itu pada awal tahun depan.

Fattah, Fazura

Artikel Sebelum

Maisarah Hampir Berputus Asa

Artikel Berikut

Artikel Lain