suria

“Tunggu Sidang Media” – Rody Kristal

Isu antara ahli kumpulan Kristal dan vokalis mereka, Lan masih belum selesai.

PEMAIN gitar Kristal, Rody dan anggota lain iaitu Asraf dan Afifi akan mengadakan satu sidang media dalam masa terdekat untuk menjelaskan tuduhan bekas vokalis mereka iaitu Lan terhadap kumpulan berkenaan.

Rody atau nama sebenarnya Muhamad Rodi Baharudin, berkata sidang media tersebut bagi menjelaskan tentang tuduhan Lan yang mendakwa dilayan seperti tunggul kayu selama bersama kumpulan berkenaan. 

"Buat masa ini kami tidak boleh beri sebarang komen lagi mengenai perkara itu. Insya-Allah dalam masa terdekat akan mengadakan satu sidang media.

"Kami belum berbincang apa-apa lagi, tapi akan maklumkan bila dan waktu sidang media itu akan dilakukan.

"Segala persoalan akan kami jawab nanti," kata Rody ketika dihubungi mStar Online.

“18 Tahun Dilayan Seperti Tunggul Kayu” - Lan


Masing-masing meluahkan rasa terkilan. 

Menerusi laporan mStar Online pada Isnin, Lan berasa terkilan apabila dia dilayan seperti orang asing sepanjang 18 tahun bersama kumpulan itu.

Malah, dia turut mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan itu kerana sudah tawar hati.

Terdahulu Rody melalui status Instagramnya mengatakan kumpulan Kristal akan merehatkan vokalis mereka dan sedang mencari penyanyi baru.

Rody mewakili anggota kumpulannya berkongsi entri tersebut selepas Lan meluahkan hasratnya untuk mengembangkan kerjaya solo, selain enggan tertumpu pada genre rock.

Lan juga didakwa tidak berbincang terlebih dahulu dengan mereka untuk menyertai program tersebut.

Rody Kristal, Lan, Kristal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain