suria

“Jangan Bandingkan Anak Kami” – Nad Zainal

Nad Zainal meminta netizen menghentikan amalan mengecam dan membandingkan anak-anak selebriti di laman sosial. Foto Instagram @nad.zainal

PELAKON Nad Zainal meminta netizen menghentikan amalan mengecam dan membandingkan anak-anak selebriti di laman sosial kerana ia budaya yang tidak sepatutnya berlaku.

Nad, 27, berkata, adalah tidak wajar mengkritik kehidupan anak-anak kecil itu di laman sosial kerana masing-masing mempunyai tahap tumbesaran berbeza.

"Pengguna alam maya seharusnya bijak dan tidak menjadikan media sosial sebagai laman untuk mengutuk anak-anak artis.

"Kita kena tahu yang setiap kanak-kanak mempunyai tumbesaran berbeza dan tidak sepatutnya netizen menghina anak tersebut.

Nad berharap netizen menggunakan laman sosial dengan bijak. Foto: Norafifi Ehsan / The Star.

"Mungkin ada bayi yang lambat sedikit atau boleh jadi terlalu aktif, cara mereka membesar berbeza dan tak semuanya sama," katanya kepada mStar Online.

Nad diminta mengulas mengenai sikap sesetengah pengguna alam maya yang sering meninggalkan komen negatif terhadap anak artis di laman sosial.

Sementara itu, Nad berkata dia hanya akan berkongsi apa yang dirasakan perlu sahaja tentang anaknya, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq yang kini berusia setahun.

Nad dan suami ada cara tersendiri dalam membesarkan anak mereka.

Pelakon drama Jurnal Suraya ini mengakui bimbang jika ada kritikan yang ditinggalkan di laman itu membuatkan dia terasa hati.

"Saya hanya akan muat naik apa yang dirasakan perlu sahaja kerana tak mahu baca komen-komen menyakitkan hati.

"Ada sahaja yang tak kena di mata mereka untuk dijadikan bahan kecaman di laman sosial. Saya pun tak faham perangai orang macam ini" katanya.

Nad Zainal kembali aktif sebagai pelakon.

Menyentuh mengenai kerjaya, Nad berkata suaminya, Muhammad Faliq Amirudin, 28, tidak menghalangnya untuk kembali aktif sebagai pelakon.

"Suami izinkan saya untuk kembali aktif berlakon dan menerima apa sahaja tawaran sesuai dengan saya.

"Bagaimanapun, saya sendiri kena tahu batas-batas sebagai seorang isteri dan tiada masalah mengenai perkara itu," katanya yang mengimpikan membawa watak seorang wanita psiko.

Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015.

Nad Zainal

Artikel Sebelum

Dugaan Alif Tanpa Isteri, Anak

Artikel Berikut

Artikel Lain