suria

Siti Nurhaliza, Ed Sheeran Paling Popular Di Malaysia

Siti Nurhaliza kuasai carta aplikasi muzik spotify di Malaysia. Foto: SIA HONG KAU

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza dinamakan sebagai Artis Tempatan Paling Dilayari di Spotify di Malaysia pada tahun 2017.

Siti, 38, menduduki tangga pertama dalam kategori tersebut menerusi carian lagu pilihan pendengar di aplikasi muzik tersebut, baru-baru ini.

Penyanyi lagu Segala Perasaan itu yang kini sedang hamil lima bulan telah mengeluarkan album ke-17 berjudul SimetriSiti pada Mei lalu.

Selain Siti, penyanyi lain yang turut mengungguli 10 tangga teratas dalam carta tersebut ialah Faizal Tahir, Malique, Yuna, Unic, Tajul, Aiman Tino, Hyper Act, Sufian Suhaimi dan Projector Band.

Album Ed Sheeran, Divide dimainkan sebanyak 3.1 bilion kali di seluruh dunia.

Sementara itu, bintang antarabangsa Ed Sheeran, menguasai Spotify tahun ini apabila album terbarunya, Divide, dimainkan 3.1 bilion kali di seluruh dunia, lapor Spotify.

Penyanyi pop itu mengatasi nama-nama besar penyanyi antarabangsa yang lain dan lagunya, Shape of You dijulang sebagai lagu paling kerap disiarkan di aplikasi muzik tersebut.

Perkhidmatan siaran streaming muzik, podcast dan video beribu pejabat di Stockholm, Sweden itu berkata, aliran terbesar 2017 termasuklah muzik hip-hop dengan peningkatan siaran 74 peratus berbanding 2016.

Selain Sheeran, rakyat Malaysia juga menyukai The Chainsmokers, Coldplay, BTS boyband K-pop dan bintang Taiwan Jay Chou sebagai Top 5 Most Streamed Artiste Di Malaysia.

Siti Nurhaliza, Ed Sheeran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain