suria

“Dira Ada Hak Bersuara, Begitu Juga Saya” – Fathia Latiff

Fathia memberitahu Dira mempunyai hak untuk bersuara dan begitu juga dengannya.

PELAKON Fathia Latiff mempertahankan setiap apa yang disuarakannya tanpa rasa takut atau meminta pertolongan daripada sesiapa sekali pun.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, berkata, dia mempunyai hak untuk bersuara dan begitu juga dengan rakan selebriti, Dira Abu Zahar.

"Dira ada hak untuk berkata apa yang dia mahukan dan begitu juga saya.

"Yang pasti, saya berdiri teguh dengan setiap apa yang saya katakan tanpa berasa takut atau meminta pertolongan daripada orang lain," kata Fathia.

Fathia memuat naik status membalas kenyataan Dira di Twitternya.

Menerusi Twitternya, Fathia membalas kenyataan Dira yang juga Exco Puteri Umno Bahagian Tangga Batu, Melaka kerana menyelarnya ketika berucap bagi menyokong ucapan dasar ketua puteri Umno pada perhimpunan sayap berkenaan pada Rabu.

Terdahulu, Fathia memuat naik foto bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Instagramnya dengan kapsyen mengatakan sumbangan bekas perdana menteri itu kepada negara seolah semakin dilupakan.

Malah, posting tersebut mendapat perhatian Dr Mahathir yang kemudiannya membalas dengan berterima kasih dan memuji Fathia kerana menyuarakan pandangannya.

PAU: Exco Puteri Selar Fathia

Namun menerusi laporan The Star, Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar menasihatkan Fathia supaya 'duduk diam' dan menumpukan pada kerjaya lakonannya.

"Tidak perlu mencampuri urusan kerajaan," kata Dira dalam ucapannya.

Fathia Latiff, Dira Abu Zahar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain