suria

Shima Anuar Mulai Rasa Letih Jaga Bayi

Shima dan suami meluahkan rasa gembira dan syukur dengan kelahiran Marian Sophia. Foto Instagram: @shimaanuar.

PELAKON Shima Anuar meluahkan rasa gembira apabila dia selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 8.10 pagi, Selasa lalu di hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Shima, 26, berkata buat masa ini dia masih berasa kekok dan letih sebab sudah mula berjaga malam.

"Alhamdulillah selamat melahirkan bayi perempuan pada 12 Disember 2017 (Selasa) di Gleneagles, Kuala Lumpur.

"Saya dan suami sangat gembira. Syukur saya dan bayi dalam keadaan sihat. Semuanya berjalan dengan lancar.

"Cuma masih rasa kekok dan letih sikit sebab sekarang dah mula berjaga malam," kata Shima ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Tambah pelakon filem Highland Tower ini, dia sangat bersyukur memiliki seorang suami yang banyak membantunya.

Shima berkongsi foto selepas melahirkan bayi sulungnya di laman Instagramnya.

"Insya-Allah semua ok. Saya bersyukur suami pun banyak sangat bantu. Terima kasih banyak-banyak pada dia," ujarnya.

Shima memuat naik foto kelahiran bayi sulung yang diberi nama Marian Sophia di laman Instagramnya.

Dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dia sejak dari awal kehamilan sehingga waktu bersalin.

Ruang komen foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah dan mendoakan Shima serta bayinya dalam keadaan sihat.

"Alhamdulilah syukur! Tahniah kak @shimaanuar tak sangka dah jadi mommy dah kak shima tahniah semoga baby dan Kat shima sentiasa sihat. selamat berpantang kak!

"Alhamdullilah. Tahniah @shimaanuar dapat baby girl. Moga menjadi anak yang baik dan solehah juga diberkati selalu. Amin. Selamat berpantang," komen beberapa pengikutnya.

Shima berkahwin dengan ahli perniagaan Mohd Solih Toha pada 8 April lalu.

Shima Anuar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain