PELAKON Sabrina Ali tidak terfikir untuk bernikah lagi selepas perkahwinan kedua yang dibinanya menemui kegagalan sekitar Ogos 2014. Sabrina atau nama sebenarnya Sabrina Ali Dad Khan, 37, berkata dia mahu memberi keutamaan kepada anak-anaknya yang kini sedang membesar. "Saya tak terfikir lagi untuk berkahwin selepas beberapa tahun saya hidup solo bersama anak-anak. Sabrina menghantar anak-anaknya belajar di sekolah tahfiz. Foto Instagram: @sabrina_ali_dad_khan. "Lagipun, buat masa sekarang tumpuan saya pada anak-anak yang sedang membesar," kata Sabrina kepada mStar Online. Sabrina ditemui ketika sidang media pra-tonton trailer filem terbaru lakonanya, Makrifat Cinta di TSL Cinemax, IRDKL Mall, Shah Alam pada Rabu lalu. Tambah Sabrina lagi, dia tidak meletakkan tempoh atau jangka masa untuk menjalani kehidupan berumah tangga. Sabrina hanya berserah soal jodoh pada Allah. Bagaimanapun, pelakon filem Munafik ini hanya berserah pada Allah berkenaan dengan jodohnya. "Saya tak letak tempoh atau jangka masa untuk berkahwin dan jalani kehidupan berumah tangga. Soal jodoh ini, saya berserah pada Allah," ujarnya. Sabrina dan Syed Amirul Syed Ahmad berkahwin pada 2011 dan bercerai pada Ogos 2014. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Syed Aryan Khan,6, dan Syed Adrian Khan, 4. Sebelum ini, Sabrina pernah mendirikan rumah tangga dengan Shahrin Mohd Abdul Halim pada Mei 2006 dan berpisah pada pertengahan 2010. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ariyana yang kini berusia 9 tahun.