suria

Farid Kamil, Aaron Aziz Kini Bergelar Datuk

Farid Kamil dan Aaron Aziz kini bergelar Datuk.

PETALING JAYA: Dua pelakon terkenal tanah air iaitu Farid Kamil dan Aaron Aziz kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang pada Sabtu.

Kedua-dua pelakon itu menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Farid, 36 dan Aaron, 41, yang juga berasal dari Singapura antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut.

Isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mendahului senarai nama penerima pingat yang menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 21 individu lain.

Farid Kamil, Aaron Aziz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain