suria

Elfira Loy Berhabis RM10,000 Dalam Masa Sejam

Elfira memberitahu dia tidak sangka banyak barang yang dibeli setelah tiba di kaunter pembayaran.

PELAKON Elfira Loy mendedahkan dia telah berbelanja hampir RM10,000 dalam masa satu jam dengan hanya membeli barangan solekan di Sephora.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 23, berkata dia sempat menyinggah ke kedai kosmetik tersebut ketika berada di Los Angelas, Amerika Syarikat untuk menghadiri sebuah acara.

Menurutnya lagi, dia tidak menyangka boleh membeli barang tersebut terlalu banyak setelah tiba di kaunter pembayaran.

"Saya pergi ke Los Angelas untuk satu event tapi sempat masuk ke Sephora dan apa yang saya nak buat pergi sana, nak beli macam-macam.

"Ada banyak yang saya habiskan dalam masa satu jam untuk beli barang. Saya belanja hampir RM10,000 di Sephora.

"Tak tahu lah kenapa boleh jadi macam mana. Tapi dah sampai ke kaunter, tak boleh patah balik. Kita terima saja la," kata Elfira.

Elfira membeli barang-barang solekan kesukaannya ketika berada di Los Angeles.

Elfira memberitahu perkara tersebut menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube, Twinkel TV, dan kini mendapat lebih 190,000 tontonan.

Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah mengatakan pelakon wanita itu membazir.

Namun, ada juga segelintir yang menganggap Elfira berhak untuk pembelanjaan tersebut sebagai hadiah untuk dirinya setelah bekerja keras.

"Korang yang cemburu dia shopping banyak kenapa. Dia kerja kuat macam mana kita mungkin tak tahu dan dia pakai duit dia kan. Biarlah dia nak hadiahkan diri sendiri.

"Ramai bising bila El belanja almost 10k for the makeup only. Biar pi lah. Dia kerja keras. Kira hadiah untuk diri dia lah. Macam kita dapat gaji, hadiah untuk diri pergi shopping.

"Dia dah bekerja keras untuk dirinya sendiri. Jadi, dia memang layak untuk semua itu," tulis beberapa orang netizen.

Selain itu, netizen juga mengingatkan penyanyi Sufian Suhaimi untuk bersiap sedia menanggung pembelanjaan mewah tunangnya selepas berkahwin.

Elfira Loy mengikat tali pertunangan dengan Sufian di kediamannya, Alam Damai, Cheras pada 6 Oktober lalu.

Pasangan ini akan melangsungkan pernikahan pada bulan Mac tahun depan.

Elfira Loy, Sufian Suhaimi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain