suria

Iqram Dinzly Perlukan Pertolongan, Rawatan - Pakar

Iqram Dinzly perlu dapat sokongan dan rawatan.

PETALING JAYA: Tekanan perasaan, kemurungan dan masalah kerjaya mungkin menjadi faktor pelakon Iqram Dinzly bersikap pelik sejak kebelakangan ini.

Ketua Unit Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Fauziah Mohd Saad berkata, pelakon berkenaan perlu mendapatkan rawatan psikiatri bagi menyelesaikan masalah mental yang dihadapinya.

"Kita patut bersimpati kepada dia kerana baru kehilangan bapanya. Kematian orang tersayang boleh menyebabkan kemurungan dan tekanan apatah lagi Iqram kehilangan bapanya baru-baru ini.

Iqram Dinzly

"Jalan terbaik ialah dia perlu jumpa pakar sakit jiwa bagi memastikan di mana stage yang dilaluinya itu dan mendapatkan rawatan yang sesuai," ujarnya kepada mStar Online.

Iqram Dinzly Dikatakan Bersikap Pelik, Kurang Waras

Dr Fauziah Mohd Saad

Beliau mengulas isu perlakuan pelakon Iqram Dinzly yang kini menjadi tular apabila dia sering melakukan aksi-aksi pelik dan lucah di laman sosial.

Sementara itu, Fauziah berkata, masalah kewangan juga menjadi faktor menyumbang kepada hal psikologi seseorang.

Bagaimanapun, menurutnya, menerusi cara pelakon itu berkomunikasi di laman sosial boleh dianggap pada peringkat awal.

"Selain itu kurang job dan kedai di Langkawi dia ditutup juga sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada psikologinya.

"Saya kira dia boleh bercakap dengan baik mungkin kerana dia pelakon dan kita sukar untuk menjangkakan stage dia sekarang. Dulu ada juga seorang penyanyi yang mengalami masalah yang sama, malah pulih dan kembali sihat selepas mendapatkan rawatan," ujarnya.

Anita Abu Bakar.

Sementara itu Presiden Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA) Anita Abu Bakar berkata, pihaknya cuba menghubungi pelakon berkenaan bagi menghulurkan bantuan.

Katanya, Iqram memerlukan pertolongan dan sokongan daripada semua pihak termasuk rakan-rakan terdekatnya.

"Pihak kami cuba menghubungi dia sejak pagi tadi selepas ramai yang memberitahu tentang video pelakon itu yang kini menjadi viral.

"Pendapat saya dia sangat memerlukan bantuan pada masa ini. Orang sekeliling perlu bertindak segera membantu dia sebelum perkara buruk berlaku," ujarnya.

Anita yang juga pernah mengalami masalah tekanan dan masalah mental mengakui pelakon itu sudah memberi petunjuk "cry for help" tentang masalah yang dihadapi itu.

Tambahnya, masyarakat sekeliling perlu berhenti menghina yang mana perkara itu hanya akan memberi tekanan kepada pelakon itu.

"Masyarakat perlu beri sokongan dan hentikan hinaan kerana akan membuatkan dia lebih parah. Penyanyi Kpop baru-baru ini juga mengalami perkara yang sama dan tidak mendapat bantuan sehingga menyebabkan dia membunuh diri," ujarnya.

Iqram Dinzly

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain