suria

Untung Izara Aishah, Dapat Suami Mudah Dijaga

Izara Aishah

AKTRES Izara Aishah mengakui mula merasai tanggungjawab sebagai seorang wanita dewasa selepas berkahwin dengan Adib Khalid pada 17 November lalu.

Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 25, ini berkata, dia mula belajar melakukan tugas-tugas sebagai seorang isteri selepas berpindah tinggal bersama suaminya.

"Suasana berbeza selepas duduk dengan suami, saya baru rasa ada tanggungjawab dan seperti orang dewasa.

"Semuanya saya buat sendiri kerana kami tiada pembantu rumah. Namun tiada masalah dan Alhamdulillah, suami seorang yang sangat mudah dijaga," ujarnya kepada mStar Online.

Izara ditemui pada majlis pelancaran program CTDK-ation yang diadakan pada Rabu lalu.

Izara menjadi isteri Adib pada 17 November lalu.

Sementara itu, ditanya tentang perancangan cahaya mata, pelakon drama Dia ini menerima jika rezeki itu dikurniakan dalam masa terdekat.

"Buat masa ini belum fikir lagi, kalau boleh biarlah perlahan-lahan kerana kami baru sahaja berkahwin. Tapi kalau diberi rezeki itu kami bersyukur," ujarnya.

Dalam pada itu, bercakap tentang syarat dan batasan selepas berkahwin, dia berkata, suaminya terlalu memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Katanya, Adib juga tidak pernah berasa cemburu terhadap lelaki yang menjadi pasangannya dalam drama atau filem.

"Dia tidak cemburu, kadang-kadang saya pelik juga tapi mungkin dia juga berada dalam industri dan memahami perkara itu," ujarnya.

Dalam perkembangan kerjaya, Izara bakal terlibat dalam drama 100 episod berjudul Jodoh-Jodoh Anisa tidak lagi.

Drama tersebut turut dibintangi pelakon popular iaitu Aaron Aziz, Johan As'ari dan Hafreez Adam.

Izara Aishah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain