suria

Khai Bahar Malu Mikrofon Terbalik

Aksi Khai cuit hati penonton.

PENYANYI Khai Bahar mengakui dia berasa malu kerana memegang mikrofon secara terbalik ketika ingin memulakan nyanyian pada program hiburan secara langsung MeleTOP pada malam Selasa.

Khai, 23, menerusi laman sosial Instagram miliknya memberitahu, perkara itu disebabkan perasaan teruja apabila hendak menyanyikan lagu ciptaannya iaitu Luluh di hadapan peminat yang hadir pada program popular itu.

"Assalamualaikum... Khai minta maaf sangat mic terbalik, saya terlalu teruja kerana ramai penyokong di depan. Saya ingin melambai-lambai sehingga tak perasan mikrofon tersebut terbalik," ujarnya.

Aksi itu mendapat perhatian penonton dan menjadi tular di media sosial yang menganggap kejadian itu sebagai lucu dan mencuit hati.

Pada kejadian itu, pengacara Nabil Ahmad memeluk Khai yang ketika itu dalam keadaan malu.

"Terima kasih abang Nabil Ahmad kerana menyelamatkan saya semalam," ujarnya.

Penyanyi itu menjadi tetamu undang pada program tersebut bersama Haqiem Rusly dan Wany Hasrita.

Video yang dimuat naik mStar Online di Instagram turut menerima lebih 80,000 tontonan dan lebih 200 komen yang terhibur dengan kejadian itu.

Khai Bahar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain