suria

Zizi Kirana Terpaksa Tukar Lirik

Zizi Kirana

PETALING JAYA: Penyanyi Zizi Kirana memberitahu dia terpaksa menukar beberapa lirik dalam lagu baharunya berjudul Boleh Jalan untuk siaran radio.

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizi Mohd Tahil, 32, berkata, perkara tersebut berikutan terdapat lirik yang dianggap kasar dan sensitif yang boleh menyinggung perasaan pihak lain.

"Beberapa lirik terpaksa ditukar untuk siaran radio antaranya Dato Gatal kena tukar kepada Uncle Nakal. Selain itu perkataan menopaus dan ayat 'seksi ku tayang lurah' juga ditukar.

"Saya okey sahaja, yang penting lagu tersebut boleh dimainkan di radio," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Zizi berkata, versi asal masih boleh didengar di platform strim dan menerusi muzik video rasmi lagu tersebut yang baharu sahaja dilancarkan.

Sementara itu, katanya, dia bersyukur lagu berkenaan mendapat perhatian dan respons positif peminat.

Katanya, lagu yang dimuat naik di laman Youtube menerima hampir 100,000 tontonan dalam tempoh empat hari dilancarkan.

"Alhamdulillah, kami dapat respons positif terhadap lagu baru itu. Penggambaran muzik video dilakukan pada bulan lalu selama dua hari.

"Semua berjalan lancar dan saya harap ia dapat diterima oleh semua peminat," ujarnya.

Zizi Kirana, Boleh Jalan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain