suria

Adi Putra Nikah Semula Bekas Isteri Pertama

Adi dan Aida kembali bersatu sebagai suami, ister. Foto Instagram: @adpadiputra.

PETALING JAYA: Pelakon Datuk Adi Putra selamat melangsungkan pernikahan dengan bekas isterinya, Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 43, pada Khamis.

Berita itu dikongsi oleh rakan baik pasangan itu, Datuk Nurulhidayah yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Instagram miliknya.

Nurul yang kini berada di Madinah untuk mengerjakan Umrah turut memuat naik foto Adi sedang menyarungkan cincin ke jari isterinya dengan menulis kapsyen mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

Pasangan ini selamat bernikah pada Khamis. Foto Instagram: @nurulzahid.

"Salam tahniah dari Madinah buat @adpadiputra dan @aidayusof15... Bangga dengan kamu. “Selamat pengantin baharu”... eh... lama... Baharu... Ehh,” tulis Nurul Zahid.

Sementara itu, Adi turut memuat naik dua keping foto bersama Aida dan mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan jodoh mereka.

"Syukur pada Allah dan terima kasih kepada yang hadir dan mendoakan saya dan Aida. Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai ummah," tulisnya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosialnya turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah serta mendoakan jodoh Adi dan Aida berkekalan sehingga akhir hayat.

Peminat mendoakan jodoh Adi dan Aida berpanjangan.

Adi dan Zuhaidah berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 dan namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.

Pelakon itu kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016.

Bagaimanapun, Adi dalam kenyataannya menerusi Instagram pda 23 Mac tahun lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua isterinya itu.

Adi Putra

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain