suria

Isu Bunuh Diri, Fathia Tiada Niat Buruk Terhadap Iqram

Fathia tiada niat buruk komen bunuh diri di ig Iqram

PETALING JAYA: Pelakon Fathia Latiff memohon maaf terhadap pertuturannya dengan Iqram Dinzly yang menyentuh sensitiviti masyarakat pada siaran langsung di Instagram baru-baru ini.

Fathia, 30, berkata, dia tidak mempunyai niat buruk terhadap aktor itu dan kedua-dua mereka berada dalam keadaan baik dan waras.

"Salam kepada semua. Saya ingin meminta maaf diatas pertuturan saya dengan Iqram Dinzly tempoh hari.

"Ini hanyalah salah faham memandangkan saya dan dia dalam keadaan baik dan saya tiada niat buruk sama sekali kepada beliau.

"Sekali lagi saya meminta maaf diatas sensitiviti isu ini," tulisnya di laman Instagram pada malam Khamis.

Iqram Dinzly

Terdahulu, Fathia meninggalkan empat komen yang berbunyi "pergi bunuh diri", "bunuh diri Iqram", "tak ada scene bunuh diri ke?" dan "alang-alang" ketika Iqram sedang bersiaran langsung di Instagram.

Komen yang ditinggalkan oleh Fathia tular di laman sosial dan menjadi bualan hangat netizen.

Sebelum ini, nama kedua-dua pelakon ini sering menjadi bualan hangat dan sensasi di internet.

Fathia Latiff, Iqram Dinzly

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain