suria

“Salah Ke Aku Tua” - Rita Rudaini Berang

Rita kesal ada pihak yang mempertikaikan punca pendapatannya.

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini berang apabila menerima mesej peribadi di laman sosial Instagram yang mempertikaikan cara pengacaraannya di sebuah program televisyen.

Rita Rudaini Mokhtar, 42, berkata, dia terpanggil untuk membalas mesej peribadi tersebut kerana dirasakan keterlaluan dan menghina punca rezekinya.

"Sudah lama sis sabar dengan manusia berhati busuk kat luar sana. Tapi yang ini sis tak suka bila pertikai rezeki yang sis cari untuk anak-anak.

"Keji ke jadi pengacara? Hina sangat ke pengacara? Salah ke aku tua?" tulisnya di Instagram pada Selasa.

Status yang dimuat naik Rita Rudaini pada Selasa.

Rita menjadi salah seorang pengacara program membeli-belah Wow Shop pada setiap Ahad di TV9 bermula awal Januari lalu.

Sementara itu, Rita juga berharap individu yang menggunakan akaun palsu itu belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik dan menghormati orang lain.

Katanya, tindakannya mendedahkan mesej peribadi itu di laman sosial adalah bagi memberi pengajaran kepada netizen lain agar lebih berhati-hati.

"Tak rugi jadi baik dan tak susah jadi baik. Aku atg sebab nak bagi pengajaran pada orang lain juga, jangan busuk hati pada manusia lain," katanya.

Rita Rudaini

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain