suria

Jangan Terkejut, Mawar Rashid Sifatkan Raf Yaakob Idaman Semua Wanita

Mawar dan Raf saling luah rasa cinta menerusi laman sosial. Foto Instagram @mawarrashid, @rafyaakob.

PELAKON Mawar Rashid dan suami, Raf Yaakob saling meluahkan rasa cinta menerusi laman sosial dan mendapat perhatian pengikut mereka.

Terbaru Mawar memuat naik status di laman Twitternya dengan menyifatkan Raf sebagai suami idaman semua wanita.

Malah, adik kepada chef dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob itu juga seorang ayah yang akan disayangi kanak-kanak dan itu semua yang dia miliki.

"Raden sayang. Awak adalah suami idaman semua wanita. Awak adalah ayah semua kanak-kanak akan sayang.

"Awak adalah kawan yang tidak ada pada orang lain. Awak adalah segalanya yang saya ada," tulis Mawar.

Mawar kata Raf suami idaman semua wanita.

Selain itu, Mawar juga mengucapkan terima kasih dan menyatakan dia terlalu rindu pada suami dan dua orang anak tirinya, Rayyan dan Chanela.

"Terima kasih untuk semua sayang. Saya sangat rindu awak, Rayyan dan Chanela," katanya.

Manakala di laman Instagram Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, 33, pula memuat naik foto dan video pertama kali mereka keluar bersama pada tahun lalu.

Menerusi kapsyen yang ditulis Raf bersyukur selepas setahun berlalu dan kini pelakon Tundukkan Playboy itu sudah menjadi isterinya.

Kata Raf, dia berasa seperti di syurga apabila Mawar sentiasa disampingnya dan berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kehidupan bahagia buat keluarganya.

Pasangan bahagia Raf dan Mawar.

"Sudah setahun berlalu kita berjumpa dan saya sangat bersyukur awak adalah isteri saya sekarang. Anje sayang, awak adalah semua yang saya impikan.

"Saya berikan semua hati saya dan awak penuhkan ia dengan kasih sayang. Ia seperti di syurga dunia dengan awak disisi saya. Alhamdulillah, Terima kasih Allah," kata Raf.

Raf dan Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 23 berkahwin pada 9 November tahun lalu selepas empat bulan mengikat tali pertunangan.

Raf mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertama iaitu Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela yang kini berusia tiga tahun. 

My Syurga is here!! ??? @rafyaakob

A post shared by ?Madam Rose ? (@mawarashid) on

Mawar Rashid, Raf Yaakob

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

“I Miss You Farid Kamil”

Artikel Lain