suria

Tak Sampai Setahun, Puteri Sarah Mahu Tambah Anak

Puteri Sarah bersama anak lelakinya, Syaikhul Islam yang kini berusia lapan bulan.

PELAKON Puteri Sarah memberitahu dia dan suami Syamsul Yusof sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua walaupun anak sulungnya iaitu Syaikhul Islam baru sahaja mencecah usia lapan bulan.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 33, berkata, meskipun ada merasakan masih terlalu awal untuk dia hamil namun dia sudah bersedia kerana inginkan cahaya mata yang ramai.

"Memang sekarang kami sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua dan Insya-Allah jika diberikan rezeki memang saya cukup gembira.

"Saya dan Syamsul memang inginkan anak yang ramai dan saya sendiri memang sudah bersedia kerana tidak mahu menunggu lama untuk dapatkan anak kedua.

Syamsul dan Sarah mahu keluarga besar.

"Tambahan pula, doktor pun memberitahu tiada halangan untuk saya hamil walaupun tidak sampai setahun melahirkan Syaikul," katanya kepada mStar Online.

Sarah ditemui pada majlis bertemu peminat di butik Asyikin Exclusive di Setapak Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pelakon itu bersama pemilik jenama itu, Nur Asyikin Rahmat berkolaborasi bagi mengeluarkan rangkaian fesyen muslimah kotemporari selama setahun.

Dalam pada itu, Sarah berkata, sekiranya diberikan rezeki untuk hamil, dia mengimpikan untuk menimang bayi perempuan namun Syamul pula inginkan anak lelaki.

Sarah bersama pengasas Asyikin Eksklusif, Nur Asyikin Rahmat.

"Suami kalau boleh mahu semua anak lelaki tapi saya pula nak anak perempuan. Apa-apa pun kalau ada rezeki tidak kisah," ujarnya.

Bercakap mengenai kolaborasi bersama Asyikin Exclusive, Sarah berkata, dia selesa bekerja dengan pemiliknya kerana mereka saling memahami dalam menghasilkan koleksi yang diingini.

Kata Sarah lagi, menerusi kerjasama itu dia tampil dengan tudung dengan nama Orked Chiffon Shawl, Dandelion Shawl Satin Shawl dan Bawal Shawl selain Denim Palazo.

"Sebelum ini saya pernah menjadi duta produk tersebut namun hubungan yang terjalin sebelum ini membawa kepada kolaborasi ini.

Sarah bahagia disamping suami.

"Alhamdulillah memang sangat mudah bekerjasama dengan Asyikin Exclusive disamping banyak ilmu yang saya peroleh daripada kerjasama ini," katanya.

Sementara itu, Pengasas Asyikin Exclusive, Nur Asyikin Rahmat berkata, dia memilih Sarah kerana pelakon itu sangat positif dan komited dalam kerja yang dilakukan.

"Sarah mempunyai banyak pengikut di laman sosial dan apa yang digayakan sentiasa menjadi perhatian. Dari situ kita berminat untuk berkolaborasi dengannya.

"Alhamdulillah semangat ditunjukkan dalam perniagaan sangat tinggi dan komitmennya terhadap tugas diberikan memang luar biasa," katanya.

Puteri Sarah, Syamsul Yusof

Artikel Lain