suria

Neera Azizi Sedia Dikecam Ceburi Bidang Nyanyian

Neera hadir dengan single baharu berjudul Rasa Cinta. Foto: AZLINA ABDULLAH / The Star

SHAH ALAM: Pelakon baharu Neera Azizi bersedia untuk menerima kecaman netizen selepas membuat keputusan menceburi bidang nyanyian.

Neera, 19, berkata, penglibatannya dalam bidang lakonan empat tahun lalu membuatkan dia matang menerima kritikan netizen.

"Kalau ikut dikecam bukan nyanyian sahaja, berlakon pun orang kecam juga.

Neera mahu cuba bidang nyanyian.

"Jadi ia bukan sesuatu yang baru untuk saya hadapi dan bagi saya tidak semua orang boleh terima apa yang kita buat," ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon drama Miss Kapten Cikgu Waiz ini ditemui pada majlis pelancaran single pertamanya berjudul Rasa Hati yang diadakan di Hotel Concorde di sini pada Rabu.

Lagu ciptaan komposer baharu B-Heart itu  berkisarkan tentang rasa cinta yang ingin diluahkan kepada kekasih hati.

Neera menghadiri kelas vokal bagi memantapkan nyanyiannya.

Dalam pada itu, Neera berkata, dia membuat persiapan selama tiga minggu menghadiri kelas vokal.

Dia juga banyak meminta nasihat daripada kakaknya Zeera Azizi yang pernah terlibat dengan industri seni suara.

"Sejak tiga minggu lalu saya sudah mula masuk kelas vokal. Saya juga dapat nasihat dari rakan-rakan artis dan kakak saya sendiri iaitu Zeera yang dulu pernah menjadi penyanyi," ujarnya.

Neera mahu fokus dengan lakonan dan nyanyian.

Selain itu, tambah Neera, keluarga dan pihak pengurusannya Leroy Crew Production memberi semangat kepadanya untuk meneruskan hasrat sebagai penyanyi.

Tambahnya, trend pelakon bergelar penyanyi juga menjadi pendorong untuk dia mencuba nasib dengan mempertaruhkan lagu pertamanya itu.

"Insyaallah saya masih muda dan tidak salah untuk mencuba bidang ini, mana tahu ia ada rezeki saya di bidang itu.

"Kalau diterima saya akan teruskan dengan single lain," ujarnya.

Neera Azizi

Artikel Sebelum

Artikel Lain