suria

Anzalna Ingatkan Diri Sendiri Tidak Berfesyen Di Makkah

Anzalna bersetuju agar tidak berlebih-lebihan denggan menggayakan fesyen lalu dikongsi dengan peminat ketika mengunjungi Makkah. Foto Instagram: @anzalnanasir88

PELAKON Anzalna Nasir bersetuju dengan pandangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa Makkah dan Madinah bukan tempat untuk berfesyen.

Menerusi posting di laman Instagram, Anzalna, 30, berkata teguran itu berguna untuk dirinya dan perkongsian itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu.

"Bagus teguran itu, peringatan untuk diri sendiri juga. Tak perlu nak tag sesiapa ini tiada kaitan dengan hidup atau yang mati.

Perkongsian Anzalna mencuri perhatian netizen di laman sosial.

"Ini hanyalah peringatan untuk kita semua, ada faham! Alamak, jadi ustazah pula Anzalna ni," tulisnya di laman tersebut pada Khamis.

Anzalna mengulas mengenai artikel dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan yang menyentuh mengenai trend selebriti yang gemar berfesyen secara berlebihan-lebihan dan memperagakan kemewahan ketika mengerjakan ibadah di Kota Makkah.

Asyraf menegur golongan selebriti ini supaya kembali kepada prinsip Islam yang sebenar dan perbuatan tersebut tidak selari dengan ajaran agama.

Anzalna melawat tempat bersejarah semasa mengerjakan ibadah umrah pada April 2016.

Dalam pada itu, Anzalna turut berkongsi pengalaman ketika mengerjakan umrah bersama suami dan ibu bapanya pada April 2016.

Pelakon drama Aku Isterinya ini berkata, dia berasa bimbang untuk membawa beg tangan dan telefon bimbit.

"Waktu dekat sana nak bawa keluar telefon pun takut apatah lagi nak bawa handbag. Kita bawa bag yang disediakan agensi umrah paling selamat dan senang.

Anzalna dan suami, Hanif bahagia melayari alam rumah tangga.

"Hati rasa tenang dekat sana, boleh lupa hal dunia. Paling best dapat bawa mama, abah dan suami.

"Rindu pula nak pergi lagi. Semoga menjadi tetamu Allah tahun ini, yang penting niat kita tu," katanya.

Anzalna dan suami, Muhammad Hanif Zaki, 30, bernikah pada 21 Februari 2016 dan memilih untuk mengerjakan ibadah umrah selepas berkahwin.

Anzalna Nasir

Artikel Lain