suria

Izreen Hilang Sabar Anaknya Dituduh Ada Kaitan Dengan Amar Baharin

Izreen Azminda

PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda berang apabila anaknya dan anak pelakon Amar Baharin menjadi mangsa fitnah individu tidak bertanggungjawab.

Izreen menerusi Instaramnya menegaskan anaknya Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun adalah hasil perkahwinan pertama dengan juru kamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan tiada kaitan untuk dia melakukan perbuatan sumbang dengan Amar.

"Sampai anak saya awak nak babitkan! Nak mengata saya pun mengata dan tabur dosa dekat saya jerlah. Yang nak babitkan anak Amar dan anak saya yang tak berdosa ni dah kenapa?.

"Saya berkahwin dgn bekas suami 30.8.2012 dan anak saya lahir pada 13.07.13. Kalau anak orang lain apa jadahnya betahun-tahun dalam perut," tulisnya.

Izreen memuat naik status yang menyebarkan fitnah.

Izreen mengulas berkaitan sebuah akaun Instagram yang mencantumkan foto anaknya bersama wajah anak pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli dengan mendakwa kanak-kanak itu berwajah seiras yang berkemungkinan daripada darah yang sama.

Dalam erti kata lain tuduhan itu bermaksud Izreen mempunyai hubungan dengan Amar sehingga melahirkan Muhammad Adrian Umar.

Sementara itu, Izreen turut memberi amaran kepada pemilik akaun itu agar tidak menabur fitnah kepada bayi yang tidak berdosa.

Amar berkahwin dengan Amyra Rosli pada 11 November 2016.

Tambah, tindakan dia yang hanya berdiam diri selama ini bukan bermakna dia tidak mengambil peduli terhadap fitnah yang dilemparkan.

"Saya diam agak lama. Ada juga yang nak kena tindakkan ni! Jangan ingat saya diam, saya tak amik peduli," tulisnya.

Izreen mendirikan rumah tangga Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada 2014.

Dia kemudian berkahwin dengan pemuzik bebas Muhammad Radzi Wahid atau Ude, 29, pada Ogos lalu.

Izreen Azmida

Artikel Lain