suria

Ini Baru ‘Sampai Ke Jannah’ Fattah Luah Hari-Hari Jatuh Cinta Pada Fazura

Empat bulan melayari rumah tangga, pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura semakin bahagia.

EMPAT bulan disatukan sebagai pasangan suami-isteri, pelakon Fattah Amin memberitahu dia jatuh cinta terhadap isterinya, aktres Nur Fazura setiap hari.

Menerusi status yang dimuat naik di Instagram miliknya, Fattah menyifatkan pertemuan dengan Fazura adalah satu keajaiban daripada Allah dan wanita itu adalah cinta sejatinya.

"Kunci kepada kebahagian sesebuah perkahwinan adalah mencari pasangan yang tepat.

"Anda akan tahu si dia adalah untuk anda apabila selepas berkahwin pun anda masih jatuh cinta dengan pasangan anda setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Zahirkan Rasa Kagum Bersuamikan Lelaki Penyabar Seperti Fattah

Bersemut... Luahan cinta Fattah terhadap Fazura di Instagram cukup romantik.

"Alhamdulillah, saya tahu dia (Fazura) adalah keajaiban daripada Allah apabila pertama kali saya bertemu dengannya," tulisnya.

Fattah, 28, dan Nur Fazura, 35, disatukan sebagai suami-isteri dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 November tahun lalu.

Dalam pada itu, Fattah berkata, Fazura adalah seorang isteri yang hebat dan telah berjaya menjadikannya seorang lelaki lebih baik berbanding sebelum ini.

Malah kata Fattah, dia berasa bertuah kerana dapat menjadi suami kepada Fazura selain berjanji akan menyayangi isterinya itu buat selama-lamanya.

Pasangan ini berkahwin pada 27 November tahun lalu.

"Isteri saya seorang hebat, Fazura menjadikan saya seorang lelaki yang lebih baik seperti mana hari ini.

"Sehingga sekarang saya masih bertanya kepada diri sendiri, bagaimana saya boleh menjadi seorang yang cukup bertuah?

"Saya sayangkan awak, hari ini, selamanya.

"Terima kasih atas semua rasa cinta yang diberkan kepada saya dan saya sentiasa bersyukur kerana dapat menjadi suami anda, Insya-Allah," tulisnya.

Fattah Amin, Fazura

Artikel Lain