suria

Jurusolek Minta Maaf Sebar Foto Bayi Siti Nurhaliza

PETALING JAYA: Hasrat murni seorang jurusolek untuk berkongsi kegembiraan dengan memuat naik foto bayi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengundang padah apabila dia dikecam netizen.

Wan Noor Akmal Wan Yusof, berkata, dia sudah meminta maaf secara terbuka tentang kesilapannya terhadap penyanyi dan suami Siti iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Kecewa Foto Anak Siti Nurhaliza Disebarkan Sebelum Waktu

“Saya mengaku bersalah dan sudah meminta maaf secara terbuka. Saya sendiri terkilan dan tidak tahu perkara itu sesuatu yang dirahsiakan.

“Saya akui terlalu fanatik dengan penyanyi itu dan ingin berkongsi kegembiraan dengan orang lain,” ujarnya kepada mStar Online, Selasa.

Sebelum ini, foto anak sulung penyanyi lagu Segala Perasaan itu menjadi perhatian apabila ia tular di media sosial tidak sampai 24 jam penyanyi itu bersalin secara pembedahan.

Foto berkenaan dikongsi Wan Noor Akmal selepas dia menerimanya dari seorang rakan di WhatsApp. Bagaimanapun, status dan foto itu dipadamkan selepas menerima kecaman netizen.

Gara-gara tindakan itu, netizen lain mengambil pendekatan menyebarkannya di laman sosial masing-masing menyebabkan ia terus menjadi tular.

Dalam pada itu, dia menafikan dakwaan tindakannya adalah bertujuan mengambil kesempatan.

Alooo... alooo... comeyyynya!

“Ramai yang salah anggap bahawa saya nak ambil kesempatan tapi tidak. Saya tiada niat sebegitu,” ujarnya.

Selain itu, dia juga mengaku terpaksa menutup akaun Facebook buat sementara bagi meredakan kemarahan orang ramai.

Siti Nurhaliza bergelar seorang ibu selepas melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Isnin lalu.

Penyanyi Segala Perasaan itu melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi.

Dalam masa seminggu bayi berkenaan akan menggunakan nama sementara iaitu Fatimah Az-Zahra.

Selepas kelahiran itu Datuk K mengumumkan akan berkongsi wajah dan nama sebenar bayi mereka dalam satu sesi khas namun hasrat itu musnah.

Siti Nurhaliza

Artikel Lain