suria

Aiman Tino Minta Maaf Tak Sempat Jumpa Peminat

Aiman dan rakan artis yang lain terpaksa pulang awal disebabkan kejar waktu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Foto: LOW LAY PHON.

PENYANYI Aiman Tino memohon maaf tidak dapat meluangkan masa dengan peminat yang ingin bergambar atau beramah mesra selepas menjayakan persembahan di Johor Bahru pada Sabtu.

Pemilik nama Mohd Aiman Yusri, 20, berkata, dia bersama beberapa artis lain terpaksa bergegas ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur.

"Aiman minta maaf kepada sesiapa yang nak bergambar, nak borak-borak atau apa-apa dengan Aiman tadi.

"Kami kesuntukan masa sebab ada beberapa artis terpaksa kena kejar flight (penerbangan) untuk balik Kuala Lumpur," kata Aiman.

Aiman menjelaskan kekecewaan peminat yang tidak dapat bertemu dengannya selepas Showcase Hot FM yang berlangsung di Johor Bahru pada malam Sabtu.

Status yang dimuat naik Aiman.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci turut meminta peminat agar tidak mudah menjatuhkan sesuatu hukuman tanpa mengetahui situasi sebenar.

Tambahnya lagi, setiap manusia juga tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

"Harap dapat jumpa anda tidak lama lagi, Johor Bahru. Saya minta maaf.

"Jangan cepat menghukum. Sesungguhnya setiap manusia tak lari daripada kesilapan. Selamat malam semua," tulisnya.

Selain Aiman, barisan artis yang turut menjayakan showcase tersebut ialah Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Ara Johari, Naim Daniel, Sufian Suhaimi dan Tajul.

Aiman Tino

Artikel Lain