suria

Hampir 100,000 Jadi Pengikut Siti Aafiyah Di Instagram Ciptaan Abangnya

Nama Siti Aafiyah diperoleh Siti bersama suami ketika mereka mengerjakan umrah di Makkah.

PENYANYI kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak mencipta akaun instagram anaknya namun akaun bernama @Aafiyahkhalid dihasilkan oleh Asyraf.

Pengurus kepada Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak berkata akaun Instagram itu dicipta oleh anak ketiga Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa iaitu Asyraf Khalid.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Aafiyah Tidak Akan Dididik Jadi Selebriti

"Akaun Instagram Aafiyah Khalid yang rasmi daripada Siti belum ada lagi. Namun akaun yang sedia ada itu adalah inisiatif Asyraf yang buatkan," kata Rozi kepada mStar Online.


Akaun Instagram ini dicipta oleh Asyraf Khalid.

Akaun Instagram tersebut kini hampir mencecah 100,000 pengikut dalam masa beberapa jam dibuka.

Sebelum ini terdapat beberapa akaun palsu yang dikatakan milik puteri sulung Siti Nurhaliza dan suami dicipta sejak kelahirannya pada 19 Mac lalu.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Siti tidak mahu anak sulungnya yang baharu berusia lapan hari itu menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti.

Siti Aafiyah adalah anugerah terindah buat Siti dan suami.

Beliau berharap dapat membesarkan bayi tersebut mengikut perkembangan seperti mana dilalui kanak-kanak lain.

Segala perkembangan anaknya itu akan dikongsi dalam akaun instagram milik Siti Nurhaliza sendiri.

Siti dan suami mengumumkan nama anak perempuannya Siti Aafiyah Khalid dalam satu majlis di kediamannya di Bukit Antarabangsa pada Ahad malam.

Majlis akikah dan tahnik itu dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Bakri.

Artikel Lain