suria

Cico Semakin Pulih, Uji Kesal Anaknya Itu Dituduh Bisu, Pekak

Uji Rashid bersyukur kerana mendapat rumah PPR. FOTO: Azlina ABNdullah

KUALA LUMPUR: Primadona Uji Rashid melahirkan rasa terkilan selepas berita mengenai dia dan anaknya, Cico menjadi tular dan dilemparkan komen negatif.

Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid, berkata perkara tersebut membuatkan dia mahu melarikan diri kerana enggan bertemu dengan sesiapa ketika itu.

“Aib itu memang ada dan siapa yang tak malu. Selepas macam-macam berita mengenai saya dan Cico tersebar, saya rasa tak nak keluar jumpa sesiapa pun.

“Rasa macam nak lari daripada semua orang. Waktu itu, kalau tuhan tunjuk keajaiban nak tarik saya pergi, saya akan pergi,” katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Uji Rashid Diarahkan Keluar Rumah, Gagal Bayar Sewa

Beliau ditemui ketika sesi temubual secara eksklusif bersama media di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu Uji berkata dia terluka dan marah dengan pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Ciko antaranya dia buta dan bisu.

mStar Default Image
Uji Rashid bersama anaknya, Cico dan cucunya ketika bersama Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar (tengah) ketika menguruskan permohonan bagi mendiami rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Saya yang menjaga dia. Orang cakap macam-maam pasal dia tentulah saya terasa dengan semua itu,,” kata Uji.

Bagaimanapun, Uji reda dan menerima ujian yang dilalui itu sebagai tanda Tuhan memintanya untuk tebus segala kesalahan dan dosa di masa lampau.

“Saya terima sebagai satu ujian dan sedar kalau ini cara tuhan tarik dan menyuruh tebus salah serta dosa kita, Dia beri kita satu hikmah.

“Setiap hari, setiap masa saya minta doa pada Tuhan kalau ini anak yang saya kandungkan tolonglah pulihkannya,” ujar Uji.

Uji memberitahu selepas menjalani beberapa rawatan terapi selama hampir dua tahun, Cico kini semakin pulih.

Pada awalnya dia hanya terlantar sakit tanpa diketahui puncanya sehingga dia tak mampu bergerak dan bercakap.

Namun berkat sabar dan  selepas menjalani rawatan terapi dengan beberapa orang doktor, kini Cico dah semakin pulih.

“Cuma percakapan dia masih belum lancar tapi dia boleh mengucap dan melaungkan azan selepas beberapa kali belajar,” katanya.

Sebelum ini, berita mengenai Uji dan anaknya mula tersebar apabila dia dikatakan dihalau keluar dari rumahnya atas sebab kelewatan membayar sewa.

Namun, pada 19 Mac lalu Uji  menerima kunci rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Subang.

Uji yang popular pada era 1980-an difahamkan telah beberapa kali membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan dan perumahan namun semuanya tidak berjaya.

Uji Rashid, Cico

Artikel Lain