suria

Lelaki Mengaku Pada Alif Satar Nak Kahwin Siti Nordiana

Alif Satar menyakat seorang peminat setia Siti Nordiana. Foto Instagram @alifsatar

MENERUSI perkongsian di laman Instagram, pelakon Alif Satar memuat naik video spontan seorang lelaki meluahkan minat terhadap penyanyi Siti Nordiana.

Dalam rakaman yang boleh ditonton di Instastory itu, Alif sempat mengusik lelaki tersebut dengan pertanyaan mengapa dia meminati Siti Nordiana dan mahu menjadikan penyanyi itu sebagai bakal isteri.

"Nak kahwin dengan Nana kan? Apa nama penuh Nana?" soal Alif.

"Nama penuh saya dah lupa," jawab lelaki berbaju biru tersebut.

Peminat lelaki berkenaan tergamam dapat bertemu Siti Nordiana di lokasi penggambaran.

"Kenapa nak kahwin dengan Nana? Minat Nana saja ke? Minat Alif ke tak?" usiknya lagi.

"Bolehlah," kata lelaki berkenaan sambil memegang keratan akhbar memaparkan kisah penyanyi lagu Terus Mencintai itu.

Dalam rakaman berikutnya, peminat setia berkenaan akhirnya dapat bertemu Siti Nordiana dan dia tergamam ketika di awal pertemuan.

Siti Nordiana dan Alif bergandingan dalam drama Pengantin Musim Salju.

Tanpa berlengah, dia segera menunjukkan keratan akhbar yang dibawa dan reaksi lelaki itu mencuit hati kru yang turut berada ketika kejadian di lokasi penggambaran drama Pengantin Musim Salju yang membabitkan artis itu.

Menyentuh mengenai karier seni, Siti Nordiana dan Alif kini menjalani penggambaran drama berkenaan yang bakal bersiaran di saluran Astro tidak lama lagi.

Menerusi laporan sebuah portal berita, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana memberitahu dia bakal tampil dengan single terbaharu berjudul Hatiku Milikmu, ciptaannya sendiri yang akan dilancarkan sekitar April depan.

Selain itu, dia juga bakal melancarkan lagu duet bersama Alif yang merupakan lagu tema drama Pengantin Musim Salju dan mereka bakal menjayakan konsert istimewa di Singapura sekitar Ogos depan.

Artikel Lain