suria

Izreen Azminda, Ude Kembali Muncul Di Media Sosial

Izreen muat naik foto pertama malam Khamis.

PETALING JAYA: Hampir sebulan berehat daripada laman sosial, aktres sensasi Izreen Azminda dan suaminya Ude Wahid pada malam Khamis telah membuka semula akaun Instagram milik mereka.

Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam, 33, berkongsi gambar swafoto pertama kira-kira 10 jam lalu dan ia menerima 9,000 tanda suka.

"Smile things are working out (Senyum, semuanya sedang berjalan)," tulis pada kapsyennya.

Bagaimanapun, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu masih lagi menutup ruangan komen.

Sementara, suaminya Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid yang turut aktif sejak malam Khamis belum lagi berkongsi foto terbaharu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Tahan Dikutuk Mungkin Punca Instagram Izreen ‘Hilang’

ARTIKEL BERKAITAN: “Intan... Hentikanlah Drama Air Mata! Izreen Tak Salah” - Bekas Suami

Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 

Pasangan ini mengambil keputusan menutup sementara laman sosial terbabit berikutan tidak tahan kecaman dan serangan netizen pada 2 Mac lalu.

Tindakan memadam akaun tersebut dipercayai berikutan kecaman dan kritikan yang diterima pelakon tersebut berikutan suaminya itu menceraikan isteri pertama iaitu Intan Liana Saleh.

Pada awal kisah perkahwinannya dengan pemuzik bebas tersebut terbongkar tahun lalu, Izreen telah mengambil pendekatan menutup ruangan komen di laman tersebut bagi mengelak netizen melemparkan kata-kata kesat kepadanya.

Justeru, disebabkan tiada pilihan untuk melepaskan kemarahan terhadap Izreen, netizen menjadikan akaun media sosial portal berita tempatan yang menyiarkan kisah rumah tangga mereka sebagai ruang melontarkan pendapat.

Ude dan Intan bercerai pada 22 Mac lalu.


Ude memfailkan permohohan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 terhadap Intan pada 28 Februari lalu.

Pasangan itu akhirnya sah bercerai talak satu pada pukul 9.50 pagi pada 22 Mac lalu. Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, tiga tahun, serta Ariq Muqri, satu tahun.

Pada November lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinannya terdahulu dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza.

Izreen Azminda, Ude, Intan Liana

Artikel Lain