PETALING JAYA: Selain meraikan ulang tahun pertama perkahwinan, pelakon Faye Kusairi dan suaminya, Azmi Hatta turut menyambut kelahiran bayi sulung lelaki mereka pada Isnin, 9 April 2018. Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 32, berkongsi berita gembira dan wajah cahaya matanya itu menerusi laman Instagram pada Khamis. "Bismillahirrahmannirrahim... Assalamualaikun semua, Mommy nak kongsi berita baik buat semua yang menanti. "Pada 9 April lalu, saya dan suami bukan sahaja menyambut 1st year Anniversary kami. faye berkongsi wajah bayinya di laman sosial. "Tanpa diduga dengan izin dan keredhaan Allah SWT, kami dikurniakan seorang putera pada hari yang sama," tulisnya. Pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba ini memberitahu dia dan bayinya dalam keadaan sihat. Menurutnya, dia terlewat berkongsi berita tersebut dengan peminatnya disebabkan masih lagi berasa penat selepas melahirkan anak sulungnya. Dalam pada itu, Faye akan mengumumkan nama putera sulungnya dalam masa terdekat dan mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan mereka berdua. Faye dan suami turut menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama. "Syukur Alhamdulillah, mommy dan baby sihat. Mommy masih lagi penat sikit, tu yang lambat berkongsi. "Maaf ya? Nanti-nanti kami akan kongsi nama putera kami pula. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan baby," ujarnya. Rata-rata pengikutnya di laman sosial mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan Faye dan suaminya. Faye berkahwin dengan pengarah itu pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kondominium D'Pines, Jalan Ampang, dekat sini, dengan dihadiri ahli keluarga terdekat. Sebelum ini, Azmi pernah berkahwin dengan penyanyi Elly Mazlein pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.