suria

Kalau nampak tatu apa masalah? Soal Lana Nodin

Lana dan Mohd Daud yang juga rakyat Amerika Syarikat berkahwin pada 15 Mei 2015.

PETALING JAYA: Pelakon Lana Nodin membidas teguran netizan yang mempersoalkan tatu di lengan suaminya David atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram pada malam Selasa.

Lana berkata, perkara tersebut bukan sesuatu yang menghairankan berikutan suaminya itu memeluk agama agama Islam sebelum mereka berkahwin pada 2015.

"Kenapa kalau nampak tatu tu? Ada masalah? Lain kali kalau tidak tahu asal usul jangan nak komen apa-apa yang akan menimbulkan kemarahan orang lain.

"Dia asal Mat Salih, tatu bukan benda pelik untuk dia orang, sebelum kenal pun dah ada jadi apa masalahnya? Lebih baik pelik dengan ramai orang Islam yang ada tatu zaman sekarang ni!" tulisnya.

Video yang dimuat naik Lana mendapat hampir 100,000 tontonan.

Lana atau Mazlina Hasan Nodin dan Mohd Daud yang juga rakyat Amerika Syarikat berkahwin pada 15 Mei 2015.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan Gia Quinn McKienzie yang kini berusia 2 tahun.

Menerusi video tersebut suami pelakon filem Biasan itu sedang mengajar anak perempuan mereka tentang warna.

Lana bersama suami dan anaknya Gia.

Sehingga kini video tersebut mendapat perhatian netizen dengan hampir 100,000 tontonan dan lebih 100 komen pengikut laman sosialnya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menyokong penjelasan Lana dan meminta aktres berkenaan tidak melayan komen negatif tersebut.

Mereka juga beranggapan komen tersebut berbaur cemburu dengan kebahagiaan pasangan terbabit.

Lana Nodin

Artikel Lain