suria

Banyak negatif, Aisyah Aziz berehat dari media sosial

Aisyah Aziz

PENYANYI kelahiran Singapura Aisyah Aziz membuat keputusan untuk berehat sementara daripada aktif di media sosial.

Aisyah, 23, berkata, dia mula menyedari laman sosial terlalu banyak memberi kesan negatif terhadap dirinya.

"Saya memutuskan untuk berehat sebentar dari media sosial buat sementara waktu. Tapi saya masih menulis kapsyen pada laman sosial saya cuma saya tidak mengendalikan akaun peribadi itu.

"Saya mahu membetulkan semula minda dan keutamaan saya sebelum kembali ke dunia maya ini. Media sosial memberi kesan yang sangat negatif buat diri saya dan sebab itu saya harap dapat menjauhkan diri buat sementara," ujarnya menerusi Instagram.

Aisyah Aziz tutup laman sosial sementara.

Dalam pada itu, adik kepada penyanyi Aliff Aziz ini berkata, dia mahu belajar menjalani kehidupan dan mencintai diri sendiri tanpa perlu membuktikan kepada sesiapa.

Katanya, dia juga mahu menggunakan masa sebaik mungkin dengan rakan-rakan tanpa merakam semua proses itu dan memuat naik di media sosial.

"Saya mahu mengamalkan perbualan den perbincangan sebenar dengan orang sekeliling dan bukan sekadar fizikal dengan mereka tatapi bercakap dengan orang lain dalam talian.

Aisyah tidak mahu media sosial memberi kesan kepada dirinya.

Selain itu, Aisyah berkata, tanda suka and komen yang diperoleh oleh orang lain membuatkan dia mempersoalkan kebolehan diri sendiri.

Tambah penyanyi lagu Tanda Tanya ini, internet memudahkan seseorang untuk mendapatkan maklumat dengan mudah tetapi juga memberi rasa tidak puas hati dan keraguan terhadap diri sendiri.

Aisyah Aziz

Artikel Lain