suria

Mula-mula kutuk, lepas tu goda... Memang wajar Linda Rafar bengang

Linda berang diganggu remaja.

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Linda Rafar berang apabila seorang remaja lelaki yang sering memberi komen negatif di laman sosial cuba menggodanya menerusi mesej peribadi.

Linda atau Azlinda Rafar, 40, berkata, perkara itu dianggap biadap dan tidak menghormatinya sebagai wanita yang sudah berkahwin.

"Boikot budak ini, kutuk saya di Instagram dan Facebook lepas tu hantar mesej peribadi nak gatal-gatal.

"Jangan sampai aku lapor polis kau buat gangguan dalam hidup aku dan hantar mesej kotor!" tulisnya.

Status yang dimuat naik Linda di Instagram.

Isteri kepada pelakon Syed Aiman ini turut memuat naik akaun individu terbabit yang menggunakan nama @faieezyahyaa88 di akaun miliknya.

Linda memberitahu tidak mengetahui apa niat sebenar individu itu berkelakuan sedemikian.

Sebelum itu, individu berkenaan menulis komen meminta orang ramai memboikot Lindaa Rafar berikutan berpakaian tidak mengikut kehendak Islam.

"Dia mental berani betul kutuk dan komen dalam IG suruh boikot Linda Rafar kerana tak ikut syariat Islam, dia mengaku budak AF (Akademi Fantasia) lepas tu nak mengatal," tulisnya.

Linda Rafar

Artikel Lain