suria

Nak cium anak Dazrin? Tak ada masalah tapi jangan lebih-lebih

Dazrin tidak melarang jika ada yang ingin mencium atau memegang bayinya. Foto: FAIHAN GHANI.

SERDANG: Kalau Amar Baharin dan Amyra Rosli melarang anak mereka disentuh dan dicuim, lain pula bagi aktor Dazrin Kamarudin yang merelakan bayinya dibuat sedemikian.

Dazrin, 30, berkata dia hanya akan menegur dengan cara yang baik jika individu tersebut melakukan perbuatan itu secara berlebih-lebihan.

"Kalau tak nak bagi orang sentuh atau dicium anak kita, kena tegur baik-baik. Tak semestinya ditangani dengan kemarahan. Takut nanti datang kebencian pula.

"Saya tak kisah jika ada yang nak peluk, pegang atau cium anak saya. Sebab sememangnya lumrah manusia gerak hati melihat bayi rasa nak disayangi.

"Tapi janganlah sampai berlebih-lebihan. Saya rasa semua orang akan faham kalau kurang sihat memang tidak elok pegang atau dekat dengan bayi," kata Dazin kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Dazrin Akan Dibesarkan Penuh Kemewahan

ARTIKEL BERKAITAN: Biarlah apa orang kata, Amar Baharin larang bayinya disentuh


Dazrin akan mendedahkan wajah penuh anaknya selepas 40 hari.

Tambah Dazrin, memang benar perbuatan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan bayi jika orang yang mencium itu mempunyai penyakit.

Namun, sebagai ibu-bapa, seseorang itu perlu tahu bagaimana untuk mengawal atau hadkan pendedahan bayi mereka kepada umum.

"Memang betul perkara itu berbahaya untuk kesihatan bayi. Lagi-lagi bayi yang baru sahaja lahir.

"Kalau tak nak bayi kita kena pegang dan cium, hadkan pendedahan kepada umum. Macam kalau kita tak nak orang ambil gambar, jangan keluar rumah," ujarnya.

Sebelum ini, pelakon Amar Baharin pernah meluahkan pandangan mengenai sikap segelintir pihak yang gemar menyentuh dan mencium bayi bukan milik mereka.

Menurut Amar, dia menegur perkara tersebut kerana ingin memberi kesedaran bahawa perbuatan itu adalah berbahaya kepada kesihatan bayi.

Dazrin teruja dapat menyambut kelahiran anak sulungnya.

Dalam pada itu, pelakon drama My Darling, Inspektor Daniel ini teruja dapat menyambut sendiri kelahiran anak sulungnya.

"Saya sangat teruja nak sambut kelahiran anak tapi dalam masa yang sama takut juga. Sebab ada rakan-rakan kata bila tengok darah boleh buat kita pitam.

"Tapi sebab semangat nak menyambut bayi itu lebih kuat berbanding takut. Alhamdulillah, saya sendiri yang memotong tali pusat," katanya.

Isteri Dazrin iaitu Nur Fazulin Razali selamat melahirkan bayi lelaki mereka bernama Dasuki pada 13 April lalu di Hospital Andorra Women & Children, di sini.

Dazrin dan Zulin berkahwin pada 6 Mei tahun lalu di Hotel Avillion Legacy, Melaka.

Pasangan ini bagaimanapun bersedia untuk berkongsi wajak anak mereka selepas usianya 40 hari.

Dazrin Kamarudin

Artikel Lain