suria

Bapa Zahirah suka saya kata Syafiq Kyle

Syafiq Kyle tidak kisah apabila peminat menjodohkan dia dengan gandingannya dalam drama. Foto: IZZRAFIQ ALIAS / The Star

PELAKON Syafiq Kyle mengakui dia menemui keserasian sepanjang bergandingan bersama aktres Zahirah MacWilson dalam drama Tak Ada Cinta Sepertimu.

Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 26, berkata, dia turut mempunyai hubungan yang baik dengan bapa Zahirah iaitu Zainol MacWilson yang turut berlakon dalam drama tersebut.

"Tiada istilah cinta lokasi kerana saya dan Zahirah sudah kenal lama. Dia seorang pelakon yang profesional, mungkin apabila timbul isu peribadi membabitkan dia dengan bekas kekasih, peminat harap saya pula yang menjadi penggantinya.

Syafiq serasi bergandingan bersama Zahirah dan bapanya Zainol Macwilson dalam drama Tak Ada Cinta Sepertimu.

"Apa yang boleh saya kata, hubungan kami baik sebagai teman, uncle (Zainol) juga sporting dan kami serasi ketika di set penggambaran.

"Uncle juga ada kata dia suka saya bekerja dengan anaknya," katanya kepada mStar Online.

Syafiq ditemui di majlis pelancaran jenama Syafiq Kyle yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebahagian koleksi kurta raya yang dikeluarkan di bawah jenama Syafiq Kyle.

Dalam majlis itu, Syafiq melancarkan tiga produk bawah jenamanya iaitu produk kecantikan diberi nama Kylez Lab, koleksi kurta raya iaitu Kylez By Syafiq Kyle dan laman sesawang rasmi miliknya.

Sementara itu, Syafiq turut menafikan dakwaan mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Hannah Delisha.

"Mana ada kami bercinta, tak wujud pun perasaan cinta itu. Kalau betul saya dan dia ada hubungan istimewa pasti saya kongsi sebab bagi saya kalau bercinta tak perlu rahsia sebab nanti orang tahu juga.

Syafiq nafi merahsiakan hubungan cinta dengan Hannah Delisha.

"Sejujurnya saya selesa berkawan dengannya kerana dia seorang wanita yang telus, profesional dan tak propa. Walaupun dia muda tapi dia berani tegur saya untuk kebaikan.

"Mungkin sebab banyak projek kami bersama, sebab itu orang ingat saya dan dia bercinta, sedangkan itu semua atas urusan kerja. Apabila kami jumpa di set banyak benda kita bercerita dan berkongsi ilmu," katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Mencintaimu Mr. Photographer ini memberitahu tidak pernah meletakkan sasaran waktu untuk menamatkan zaman bujang.

Syafiq bersama ibu dan bapanya, Abdul Razak dan Rohaya.

Ujarnya, dia tidak mahu terburu-buru memikirkan tentang jodoh dan menjadikan pengalaman lalu sebagai panduan dalam memilih teman hidup.

"Saya tak pernah fikir bila waktu saya nak kahwin, dengan siapa saya nak kahwin dan sebagainya sebab jodoh itu semua bukan ketentuan saya.

"Tak naklah nanti bila kita kata tak nak, kita dapat pula. Jadi saya tak letak apa-apa kriteria untuk bakal isteri dan saya terima siapa sahaja yang jadi jodoh saya.

"Yang penting sedap mata memandang dan menyenangkan hati saya. Orang kata pengalaman lalu akan menjadi panduan dalam hidup saya," katanya.

Sebelum ini Syafiq pernah dikaitkan bercinta dengan Uqasha Senrose manakala Zahirah pula baru putus cinta dengan Zul Ariffin.

Artikel Lain