suria

Untungnya Nora Danish... tukar lampin, beri susu dibuat Nedim

Nedim, Nora dan anak mereka Ney Ney. FOTO: RAJA FAISAL HISHAN

PELAKON Nora Danish memberitahu dia dan suami, Nedim Nazri berasa kekok untuk menguruskan bayi mereka iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang dilahirkan pada 22 Februari lalu.

Nora, 37, berkata, walaupun masing-masing pernah mempunyai pengalaman menguruskan bayi menerusi perkahwinan terdahulu namun perasaan berdebar dan kekok tetap muncul kerana perlu mengambil masa membiasakan diri.

“Bayangkan anak lelaki saya Rayqal pun sekarang sudah berusia 9 tahun manakala Dre pun sudah enam tahun.

“Apabila Ney Ney (pangilan manja Neqayl) dilahirkan memang kekok betul kami sebab dah lama sangat tak uruskan bayi kecil tetapi lama-lama semakin biasa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi dikutuk netizen, Nora Danish pesan ingat keluarga sendiri

Nora ditemui pada majlis pembukaan Karva Salon for Ladies by Nora Danish pada Khamis.

Nora Danish di hadapan salunnya.

Pasangan itu berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buat mereka.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berusia 9 tahun.

Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai pada tahun 2013 dan mendapat anak lelaki, Mohamed Nedrin atau Dre, 9 tahun.

Bercakap mengenai kehidupannya sebagai ibu, Nora berkata, dia beruntung kerana suaminya seorang yang ringan tulang membantu menguruskan anak mereka yang kini berusia dua bulan.

“Dari hari pertama Ney Ney dilahirkan suami yang buat segala-laganya termasuk memberi susu, menukar lampin dan berjaga pada waktu malam.

“Memang mereka tidak pernah berenggang dan kalau saya ada tugasan atau acara perlu dihadiri memang suami sendiri akan jaga anak,” katanya.

Suasana dalam salun.

Dalam pada itu, Nora berkata, dia tidak berhasrat membuka akaun laman sosial Instagram untuk Neqayl seperti mana dilakukan oleh kebanyakan selebriti lain.

Nora sebaliknya berkata, dia membiarkan anak lelakinya itu yang menentukan sama ada ingin membuka laman sosial apabila Neqayl dewasa kelak.

“Mana-mana akaun Instagram yang menggunakan nama anak saya itu mungkin diwujudkan oleh peminat tetapi saya sendiri tidak akan buka akaun rasmi Ney Ney.

“Apabila tiba masanya biarlah dia sendiri yang menentukan sama ada hendak buka Instagram atau pun tidak.

“Itu adalah privasinya dan saya hanya muat naik gambar-gambarnya di Instagram saya sahaja,” katanya.

Sementara itu mengenai salun yang diusahakannya Nora berkata, ia adalah usahama bersama kakaknya, Cathy Danish dan pengasas Karva Singapura, Rozza Ramli.

Dia tertarik untuk membuka cawangan salun itu di Kuala Lumpur kerana ia mengkhususkan kepada golongan wanita untuk memanjakan diri dengan pelbagai perkhidmatan disediakan.

“Salun ini khusus untuk wanita dan juga buat mereka yang berhijab kerana semua pekerja juga ialah perempuan, jadi tidak perlu bimbang soal aurat.

“Ia bukan sahaja salun untuk memotong rambut tetapi pelbagai pakej kami sediakan seperti rawatan kuku, rambut, wajah dan sebagainya.

“Di sini semua kaum wanita boleh memanjakan diri mereka selepas seharian bekerja dan pengalaman saya ke salun ini di Singapura membuatkan saya tertarik untuk membukanya di negara ini,” katanya.

Malah kata Nora, produk yang digunakan juga dari luar negara selain berasaskan organik.

Mula beroperasi sejak 7 April lalu, Karva Salon for Ladies by Nora Danish terletak di G-Village Kuala Lumpur.

Nora Danish, Nedim

Artikel Lain