suria

Karnival OK, mestilah okey!

Pemenang cabutan bertuah iaitu Norasyikin Bajuri, duduk di atas motosikal yang dimenanginya untuk bergambar dengan mereka yang terlibat dalam Karnival OK di Wangsa Walk pada Sabtu.

KUALA LUMPUR: Kerancakan kempen pilihan raya umum (PRU) yang berlangsung di seluruh negara pada ketika ini turut memberi ruang kepada arts-artis tempatan mengambil bahagian bagi memeriahkan lagi demam PRU dengan penganjuran acara hiburan.

Parlimen Setiawangsa bersama Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) turut melakukan inisiatif merapatkan hubungan antara penggiat seni dan rakyat dengan penganjuran Karnival OK.

Ia diadakan di perkarangan letak kereta, Wangsa Walk pada Sabtu.

Ali (XPDC) tidah sah kalau tak menyanyi 'Bunga Angkasa'.

Karnival itu turut memberi ruang kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan barangan keluaran masing-masing.

Seawal pukul 9 pagi pelbagai aktiviti kemasyarakatan diadakan sehinggalah kepada penganjuran acara konsert pada sebelah malamnya.

Karnival OK, tentulah okey kerana mampu menggabungkan artis-artis lama dan baharu serta dari Indonesia.

Antaranya ialah Keena (Mentor), Ammy Farah, Ali (XPDC), Nico G, Zack (Kool), Isa (Graviti),  Joey (BPR), Tegar dan Firman.


Aku Yang Dulu, Bukan Yang Sekarang, lagu yang berjaya mengangkat nama Tegar.

Persembahan dimulakan dengan lagu Layar Impian nyanyian asal Ella berjaya dibawa dengan baik oleh Keena (Mentor) tatkala persembahan pentas dibuka untuk tontonan ramai.

Zack (Kool) juga tidak mahu melepaskan peluang dengan lagu Gadis Melayu sementara Nico G turut menghadiahkan lagu ‘cari makan’ mereka iaitu Inilah Nasibku.

Tegar yang dibawakan dari Indonesia dan dalam rangka promosi single terbarhunya iaitu Aku Mahu Pacaran tidak melepaskan peluang menyanyikan lagu ciptaan Harry (Kjhalifah) itu dan juga Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang.

Peminat rock tidak dilupakan dengan persembahan Ali (XPDC) yang membawakan lagu Semangat Yang Hilang dan Bunga Angkasa yang ditukar sedikit liriknya ke arah ketuhanan.

Joey (duduk tengah) bersama anggota kumpulan Nico G.

Isa (Graviti) mengimbas memori tahun 1980-an dengan lagu Sinambungan Cinta dan Kau Salju Cinta manakala peminat dangdut dihiburkan oleh bintang Selatan Thailand iaitu Ammy Farah (Yang Begini Ini Nie dan Perawan Atau Janda).

Joey (BPR) pula mendendangkan pagu Aku Hanya Serangga manakala penutup konsert dihebatkan oleh persembahan Firman (Kehilangan dan Terakhir nyanyian asal Sufian Suhaimi).

Menariknya acara ini apabila pihak penganjur menyediakan hadiah cabutan bertuah istimewa iaitu basikal dan sebuah motosikal sebagai hadiah utamanya.

Peserta dari Kuala Lumpur iaitu Norasyikin Bajuri memenangi motosikal yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PVTM, Datuk A. Aida dan Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayub.

Firman

Dalam pada itu A. Aida berkata, acara julung kali diadakan itu akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam usaha mengelakkan jurang antara artis dan masyarakat.

“Karnival OK julung kali diadakan dan ia akan menjadi acara tahunan PTVM. Kita mengharapkan masyarakat setempat akan hadir memeriahkannya selain berhibur dengan artis-artis terkenal sambil memenangi cabutan bertuah.

“Antara pengisian lain ialah sukaneka, pertandingan memasak bersama chef selebriti, uji bakat dan persembahan karaoke,” katanya.

Selepas Wangsa Walk, Karnival OK ini akan diteruskan di Giant Kuala Selangor pada 5 dan 6 Mei ini bermula pukul 9 pagi bagi aktiviti bersama masarakat manakala persembahan artis pula diadakan pada sebelah malam.

Karnival, PVTM

Artikel Sebelum

Artikel Lain