suria

Lelaki tak kacak tapi kelakar boleh hantar ‘resume’ kepada Zahirah

Zahirah MacWilson

PELAKON Zahirah MacWilson berasa kelakar apabila membaca komen-komen netizen terhadap sebuah artikel yang menulis tentang ciri-ciri lelaki idamannya.

Zahirah turut bergurau kepada netizen yang berminat untuk mencuba nasib menjadi teman lelakinya agar menghantar resume.

"Baru baca, semua komen anda sangat kelakar, haha. Uji bakat terbuka, hantar resume anda!" tulisnya di Instastory pada Isnin.

Zahirah memberi respons kepada artikel sebuah portal hiburan yang menulis tentang lima ciri lelaki idaman dirinya.

Zahirah respon artikel berkaitan ciri lelaki idamannya.

Salah satu yang menjadi perhatian netizen apabila Zahirah bercakap mahukan seorang lelaki yang kelakar biarpun tidak mempunyai rupa paras yang kacak.

Segelintir netizen meminta bekas kekasih aktor Zul Ariffin itu membuka kaunter pendaftaran kerana mempunyai ciri-ciri seperti diperkatakan.

Malah, ada juga yang mencadangkan nama-nama pelawak popular yang masih bujang seperti Zizan Razak dan Ebby Yus sebagai calon paling sesuai.

Sementara itu, Zahirah turut menulis bahawa dia hanya bergurau dan meminta peminat tidak berbuat demikian.

"I'm kidding please don't" tulisnya pada hastag.

Dua minggu lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita putus cinta Zahirah dan aktor Titian Cinta Zul Ariffin selapas tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa.

Zahirah MacWilson

Artikel Lain