suria

Nam Ron, Amerul Affendi kena ‘reject’ stesen TV

Nam Ron (foto kiri) dedah namanya dan Amerul Affendi beberapa kali ditolak stesen TV.

PETALING JAYA: Pelakon Nam Ron mendedahkan namanya telah ditolak oleh sebuah stesen TV untuk telefilem hari raya.

Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, 49, berkata bukan hanya dia seorang sahaja tetapi pelakon Amerul Affendi turut mengalami nasib yang sama.

Menurut Nam Ron, syarikat produksi sendiri yang menyampaikan berita tersebut kepadanya.

"Baru dapat berita daripada syarikat produksi, nama saya ditolak oleh stesen TV untuk telemovie raya.

"Wow! Amazing, patutlah dah lama tak keluar TV. Sama juga dengan rakan saya Amerul Affendi.

Status yang dimuat naik Nam Ron.

"Jangan risau Merul, kita ada kelas. Merul pernah ditolak beberapa projek tapi bukan projek yang sama," kata Nam Ron.

Pendedahan tersebut dilakukan menerusi laman Twitter dan mendapat perhatian pengikut-pengikutnya.

Rata-rata mereka turut meluahkan rasa sedih melihat keadaan industri yang tidak nampak pelakon berkualiti.

Malah, ada segelintir mereka turut meminta supaya Nam Ron bersabar dan mendoakan rezekinya akan datang.

"Industri kita ni memang buta seni. Pelakon yang bakatnya datang dari hati dan jiwa ni depa memang tak nampak. Sedih aku dgn Industri Malaysia ni. Apa nak jadi tak taulah.

Kin Wah turut menerima nasib yang sama.

"Sabar Bang, asalkan jadi diri sendiri. Bukan kaki kipas asal dapat job.

"Banyak rezeki nak datang tuu! Rugi mereka rugi. Haha," komen beberapa orang pengikutnya.

Status tersebut juga mendapat perhatian pelakon Kin Wah yang turut memberitahu dia tidak mendapat sebarang tawaran.

"Lu (awak) lagi ada kena reject, gua (saya) watak pun tak ada," tulisnya.

Nam Ron, Amerul Affendi, Kin Wah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain