suria

Tam (Spider) kekok pegang anak perempuan

Tam akui kekok pegang anak perempuannya yang baru saja lahir.

VOKALIS kumpulan Spider, Tam mengakui berasa kekok untuk memegang bayi perempuan pertamanya yang lahir pada 26 April lalu.

Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafa, 45, berkata dia yang mengurus dan menjaga anak keempatnya itu kerana isterinya, Aida Mustafa berpantang.

"Tiga orang anak saya lelaki dan yang keempat ini pula dapat bayi perempuan. Memang ada rasa kekok nak pegang sebab tak biasa.

"Kalau perempuan ini kena pegang lembut sahaja. Sepanjang isteri jalani proses berpantang, saya yang akan uruskan semuanya.

Tam bersama isteri dan tiga orang anak lelakinya.

"Termasuklah memasak makanan yang bersesuaian untuk isteri. Untuk proses itu, saya mengikut cara tradisional selama 44 hari," kata Tam kepada mStar Online.

Menurut Tam, isterinya yang teringin untuk mempunyai seorang anak perempuan dan bersyukur akhirnya doa mereka dimakbulkan.

Kata Tam, dia dan isteri ada merancang untuk memberi nama anak mereka, Aminah namun belum ditetapkan lagi.

"Saya tak kisah anak ketiga ini lelaki atau perempuan. Janji bayi kami sihat dan sempurna. Tapi isteri memang nak sangat anak perempuan.

Tam menjaga dan menguruskan isteri yang sedang berpantang.

"Ye laa, selama ini dia jaga anak lelaki sahaja di rumah. Mestilah nak ada kawan (anak perempuan) juga. Dia memang berdoa dan alhamdulillah Allah makbulkan.

"Buat masa sekarang, kami panggil dia dengan nama Aminah. Memang rancang nak beri nama itu saja tapi belum ada kepastian lagi," ujarnya.

Tam dan Aida, 36, berkahwin pada 8 November 2009 dan dikurniakan dua anak lelaki Muhammad Afiq, 8, dan Muhammad Aqil, 5.

Menerusi perkahwinan pertama Tam pula, dia kurniakan anak lelaki, Muhd Aliff yang kini berusia 24 tahun.

Tam Spider

Artikel Lain