suria

Hanis Zalikha dikecam tinggalkan anak untuk bercuti

Hairul Azreen beri peluang Hanis berehat bersama kawan-kawan.

PELAKON Hanis Zalikha dikritik netizen apabila dikatakan sanggup meninggalkan anak kecilnya Yusof Iskandar yang berusia dua tahun untuk bercuti ke luar negara bersama rakan-rakannya

Menerusi video yang dimuat naik suaminya aktor Hairul Azreen, pelakon tersebut mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya di lapangan terbang dan ia mendapat perhatian netizen.

Rata-rata sedih dan sebak dengan gelagat Yusof yang tidak sanggup melepaskan ibunya pergi.

Bagaimanapun, segelintir netizen menganggap pasangan tersebut mempunyai cara tersendiri dalam membesarkan anak mereka.

Mereka juga memuji Hairul sebagai seorang suami yang memahami serta memberi peluang isteri untuk bersama rakan-rakan.

"Saya rasa inilah cara yang terbaik dalam tempoh perkembangan anak, kena faham apabila ayah sibuk, Yusof akan bersama ibu dia. Walaupun nampak video masa Hairul balik dia rindu ayah dia sangat.

"Jadi sekarang masa Hairul pula untuk bersama anaknya," ujar salah seorang netizen.

Video yang dimuat naik malam Khamis itu mendapat lebih 800,000 tontonan dan hampir seribu komen netizen dengan pelbagai pendapat.

Netizen sedih Hanis tinggalkan Yusof. 

Sementara itu, Hairul menerusi komen posting tersebut menjelaskan dia memberi peluang kepada isterinya itu untuk berehat selepas sebulan menjaga Yusof.

"Tugas isteri berat kalau nak diukur dengan duit hantaran sejuta pun belum tentu dapat balas.

Dia jaga anak, dia kemas rumah, dia lipat kain, dia yang lahirkan, jadi kita bagi 'can' (peluang) dia pergi rehatkan diri, tidur lena tak payah bangun buat susu.

"Lagi pun sebulan dia jaga seorang masa saya di Sabah," ujarnya.

Hanis Zalikha berkahwin dengan pelakon Hairul Azreen pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan menimang cahaya mata pada 3 Jun 2016.

Artikel Lain