PENYANYI Sufian Suhaimi memberitahu cinta bukan fokus utama untuk dicari selepas episod putus tunang dengan Elfira Loy pada Februari lalu. Sufian yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke 26 pada Khamis berkata, dia kini gembira menjalani kehidupan sebagai lelaki single. “Pada tahun 2018 saya sudah ada beberapa rancangan, dan saya cuba sibukkan diri saya dengan kerjaya. “Bagi saya cinta bukan lagi fokus utama saya. Buat masa ini saya tidak fikir dan tiada sasaran pun bila ingin berkahwin,” ujarnya kepada mStar Online. Sufian ditemui pada kejutan majlis hari lahir ke-26 yang berlangsung di Disenar Space, Setapak, pada Khamis. Kira-kira 30 orang peminat meraikan 'birthday' Sufian Suhaimi. Majlis dihadiri 30 tetamu terdiri daripada ahli kelab peminatnya. Sementara itu, ditanya tentang laporan dia dilamar beberapa wanita, penyanyi Di Mata Mu itu berkata, ia hanya sekadar gurauan. “Ia bukan betul-betul pun gurauan sahaja. Saya anggap ia usikan mereka untuk buat saya gembira” ujarnya. Sementara itu, dia yang tampil berimej baharu dengan mencukur jambang menafikan apa dilakukannya itu sebagai tanda sudah move on dengan kesedihan putus tunang. Katanya, penampilan itu disebabkan dia mahu dilihat lebih segar. “Saya imej berjambang dulu bukan sebab saya belum move on. Sekarang saya bercukur sebab saya mahu kelainan kerana bosan dengan imej berjambang dan ia rasa dan lebih segar. Saya bosan dengan satu-satu imej sahaja,” ujarnya. Ramainya awek cun... heheh Dalam pada itu, Sufian berkata, dia gembira lagu Di Mata Mu kini sudah mencecah 20 juta tontonan YouTube dalam tempoh dua bulan dilancarkan. Katanya, dia dalam proses untuk mencari bahan-bahan yang terbaik untuk single seterusnya. Sebelum ini, penyanyi lagu Sufian mencetuskan kontroversi apabila pertunangannya dengan aktres Elfira Loy terputus pada Februari lalu. Pasangan tersebut bertunang pada Oktober 2017 dan sepatutnya berkahwin pada Mac lalu.