suria

“Seksi itu adalah diri saya” - Tasha Shilla

Tasha Shilla tetap akan menjadi dirinya walaupun sering mendapat kritikan netizen.

PELAKON Tasha Shilla menjelaskan dia tidak dapat berbuat apa-apa apabila masyarakat melabelnya sebagai simbol seks hanya kerana pemakaiannya yang mencolok mata.

Tasha atau Natasha Sheila Abdul Razak, 31, berkata, dia tidak dapat menghalang cakap-cakap negatif tentang dirinya malah sudah terbiasa dengan situasi itu.

"Mulut orang saya tak boleh nak tutup daripada bercakap perkara buruk tentang saya dan saya perlu terima akan situasi itu.

"Bukan semua orang sukakan saya... Apa yang boleh saya lakukan adalah tidak hiraukan apa juga yang orang hendak kata dan lebih baik saya fokus kepada matlamat saya dalam bidang seni.

Tasha mahu fokus kepada lakonan.

"Perkara remeh-temeh seperti ini tidak lagi menarik perhatian saya kerana ada perkara lebih penting untuk saya fikir," katanya.

Tasha ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Air Mata Syurga yang diadakan pada Sabtu lalu.

Drama arahan Raja Ahmad Alauddin itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Afiq Muiz, Haliza Misbun, Elly Suriati dan ramai lagi.

Ia bakal menemui penonton pada 7 Mei ini setiap hari Isnin dan Selasa, 9 malam menerusi saluran HyppSensasi (116), Unifi TV.

Dalam pada itu, Tasha mengakui dia masih berpenampilan seksi kerana ia adalah dirinya yang sebenar.

Barisan pelakon Air Mata Syurga.

Bagaimanapun kata Tasha menyifatkan pemakaiannya bersesuaian dengan majlis dan tempat yang dihadiri.

"Saya masih lagi berpakaian seksi... saya tetap diri saya dan kalau saya hendak pakai skirt, saya akan pakai.

"Namun tidaklah sampai tak kena tempat hendak seksi dan apa yang saya gayakan ikut kesesuaian dan 'mood'," katanya.

Bercakap mengenai penglibatannya dalam Air Mata Syurga, Tasha berkata, ia antara watak mencabar pernah dibawanya kerana menerusi drama itu dia membawa watak kembar.

Tasha pegang watak utama dalam Air Mata Syurga.

Dedah Tasha, dia juga mengambil kelas lakonan bersama Fatimah Abu Bakar sebagai persediaan memasuki set penggambaran kerana peranan tersebut sangat berat.

"Saya sebenarnya memang ternanti-nantikan watak berat seperti ini kerana ia memberi cabaran kepada saya sebagi pelakon.

"Banyak tenaga diperlukan untuk menjayakan watak sebagai kembar dan memerlukan fokus yang tinggi.

"Syukur, saya sudah memberikan yang terbaik dan berharap penonton akan menyukai drama ini nanti," katanya.

Tasha Shilla, Air Mata Syurga

Artikel Lain