PEREKA fesyen tempatan Ezuwan Ismail tidak menafikan baju yang dipakai Maria Farida dan Nabila Razali ciptaannya mendapat inspirasi daripada rekaan fesyen antarabangsa. Ezuwan berkata, dia berhadapan dengan pelbagai permintaan pelanggan yang mahukan rekaan sama seperti busana popular dari luar negara. "Saya tidak nafikan ada persamaan tapi ia bukanlah seratus peratus kerana saya akan nasihatkan mereka mengikut kesesuaian. "Kebiasaannya pelanggan saya datang dengan gambar contoh baju mereka mahu, sebagai seorang yang menjalankan bisnes dan mencari rezeki dalam bidang ini, saya juga perlu memikirkan yang terbaik dan mengutamakan permintaan mereka," ujarnya kepada mStar Online pada Ahad. Baju yang dipakai Maria Farida pada majlis pelancaran produk kosmetik miliknya baru-baru ini. Ezuwan mengulas pakaian rekaannya untuk aktres Maria Farida dan Nabila Razali yang digayakan di majlis hiburan menjadi persoalan netizen apabila dituduh meniru rekaan antarabangsa Balmain. Tambahnya, dilema yang dihadapi itu bukan perkara baharu dan ia turut dialami oleh perekra fesyen tempatan lain. "Ia pekara yang susah untuk dijelaskan kerana sebagai pereka fesyen dan mencari rezeki saya juga tersepit dengan situasi ini. "Pening juga untuk memenuhi kehendak pelanggan dalam masa yang sama mengelakkan perkara yang melanggar etika. Rekaan Ezuwan sempena Hari Raya Aidilfitri dapat sambutan. Dia tidak dinafikan baju rekaan antarabangsa terlalu mahal untuk dimiliki menjadi faktor pelanggan memintanya mereka baju yang hampir sama. Dalam perkembangan lain, Ezuwan baharu sahaja tampil dengan rekaan baju raya eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang. Sebanyak 12 koleksi istimewa dengan warna hitam itu mendapat sambutan hangat dan dijual pada harga RM2,000 hingga RM4,800 sehelai.