suria

Ada apa dengan kisah kad pengenalan & hari mengundi Aznil Nawawi?

Aznil kongsi foto kad pengenalan pada usianya 12 dan 21 tahun. Foto Instagram: @aznilnawawihm.


PENGACARA terkenal Datuk Aznil Nawawi berkongsi foto kad pengenalan pertamanya dan pengalaman mengundi kali pertama pada tahun 1986.

Aznil, 56, berkata dia menggambarkan kenangan kali pertama itu indah kerana menyifatkan undinya sangat berharga.

"Seperti dijanjikan, pada usia 21 tahun (1983), IC (kad pengenalan) itu ditukar kepada IC anak muda belia.

"Masa ni tahun kedua sebagai mahasiswa UM. Semua dah buat sendiri. IC pun #paknil dah pegang sendiri. Undi PRU pertama #paknil adalah pada tahun 1986.

Aznil kongsi pengalaman pertama mengundi.

"Indah sungguh kenangan memangkah kerana undi kita sangat berharga," kata Aznil menerusi laman Instagramnya.

Tambah Aznil lagi, sebagai rakyat Malaysia tidak hanya memilih parti atau warna bendera serta lambang namun perlu memilih untuk masa depan yang lebih baik.

"Kita sebenarnya bukan memilih parti atau warna bendera atau lambang. Kita pilih masa depan yang terjamin," tulisnya.

Selain itu, personaliti televisyen ini turut bercerita mengenai Allahyarham bapanya iaitu Nawawi yang menyimpan setiap kad pengenalan anak-anak seperti nyawanya.

Sebagai rakyat Malaysia, Aznil ingin memilih untuk masa depan yang terjamin.

Malah, Aznil ada memuat naik foto kad pengenalan pertamanya ketika berusia 12 tahun.

"Bangga balik umah lepas buat IC sebab dua-dua ibu jari tangan kiri kanan masih ada tanda hitam. Kira dah besar lah anak ayah masa tu!

"Tapi bila melawan cakap ayah lepas tu, teringat arwah cakap, "kau jangan tunjuk pandai! Ink (dakwat) cap jari ko tu pun tak kering lagi!” Ayah kami simpan IC tu macam jaga nyawa!

"Bila nak pakai ayah bagi pinjam sekejap dan pulang balik. Ayah jaga rapi semua IC anak-anak dia pada satu laci rahsia berkunci! Maknanya, kau jangan nak lari dari rumah," ujarnya.

Datuk Aznil Nawawi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain