MULA dikenali sebagai jurusolek, Haneesa Abdullah kini mencuba nasib berjinak-jinak dalam industri muzik tempatan. Haneesa, 23, berkata, tindakannya memuat naik video nyanyian lagu-lagu penyanyi tanah air mendapat perhatian sehingga dilamar syarikat rakaman August Tree Records tahun lalu. "Saya sering memuat turun video nyanyiannya yang menyanyikan pelbagai genre lagu-lagu artis tempatan dan juga antarabangsa dan mendapat tontonan tinggi di YouTube. "Saya telah dilamar syarikat rakaman pada tahun lalu sekaligus merupakan peluang terbaik untuk bergerak secara lebih serius bagi memulakan kerjayanya di dalam bidang nyanyian," ujarnya. Neesa mula kerjaya sebagai jurusolek. Neesa melancarkan single pertamanya berjudul Cinta Tak Sempurna di YouTube dan platform digital di seluruh Malaysia serentak pada Januari lalu. Lagu ciptaan sepenuhnya Raha Hafizee itu mengisahkan tentang cinta suci pasangan kekasih. "Ia mengisahkan tentang cinta yang mendalam antara dua jiwa yang tidak berbuah dan hanya kesedihan dan kesepian yang menghantui si mangsa. "Namun masing-masing masih menaruh harapan untuk menyemai kembali rasa cinta yang mereka alami seakan tiada cinta yang lebih agung daripada percintaan mereka," ujarnya. Tambah Neesa, dia berpuas hati dengan proses rakaman dan perancangan yang diatur oleh syarikat rakaman bagi mempromosikan lagu berkenaan. “Saya yakin lagu ini mampu mencuri perhatian ramai”, Katanya.