PELAKON Idris Khan berkongsi cara bagaimana dia dan beberapa rakan artis menghilangkan dakwat kekal di jari selepas mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) pada 9 Mei lalu. Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar, 30, menerusi Instastory berkata, dia menggunakan cecair peluntur selama 30 saat untuk membuang warna hitam tersebut. "Ramai yang mesej peribadi tanya cara untuk hilangkan dakwat, kami gunakan clorox lemon. Idris berkongsi cara hilangkan dakwat menggunakan peluntur. "Rendam selama sekurang-kurangnya 30 saat, nanti akan jadi lembut dan turun sendiri sedikit lepas tu lap dengan kain," tulisnya. Dia dan beberapa artis lain termasuk Ruhainies terpaksa melakukan kaedah itu sebelum memulakan penggambaran sebuah drama. Sebelum itu, beberapa rakan artis turut menyatakan kerunsingan mereka apabila dakwat hitam masih lagi tidak hilang selepas beberapa hari PRU14 selesai.