PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Zainal Abidin terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada Isnin. Zainal ketika dihubungi berkata, ketika kejadian beliau bersama isteri dalam perjalanan dari rumah mereka di Shah Alam menuju ke Jalan Duta sebelum sebuah kenderaan jenis MVP mengentam keretanya dari belakang. "Ketika kejadian kereta di hadapan saya tiba-tiba memperlahankan kelajuan sebelum kereta dibelakang saya yang dipandu laju tidak sempat menekan brek lalu melanggar kenderaan saya. "Terkejut juga tetapi perkara sudah hendak berlaku namun saya kasihankan pemandu MVP itu kerana keretanya rosak teruk," katanya. Alhamdullilah I am ok Thanks #Repost @angelzainal with @get_repost ・・・ Accident at NKVE Highway our Range Rover A post shared by Dato'Zainalabidin Mohamed (@zainalhijau) on May 14, 2018 at 12:06am PDT Zainal juga turut berkongsi video kemalangan itu di Instagram yang memperlihatkan kenderaan yang melanggarnya mengalami kerosakan. Gara-gara kejadian itu juga, keadaan trafik sesak dan dilihat pihak polis turut berada di tempat kejadian untuk mengawal keadaan. Dalam pada itu, Zainal berkata, dia bertuah kerana tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun impak langgar agak kuat. Malah katanya, pemandu MVP itu juga berada dalam keadaan baik dan perkara itu sudah pun diselesaikan.